Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 14, 2015

NAIB PRESIDEN UMNO SOKONG TUN MAHATHIR???

BILA Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein bersuara mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari serangan ‘tidak faham bahasa’ oleh Tun Dr Mahathir, ia adalah sebenarnya mewakili suara seorang Naib Presiden yang mempertahankan Presidennya

Sekalipun kelompok pemuja Tun Mahathir melihat kenyataan Hishamuddin sebagai tindakan seorang sepupu mempertahankan sepupunya yang lain, tapi suka diingatkan, kalau tidak kerana pesan Tun Razak kepada sepupunya Tun Hussein Onn dulu, Tun Mahathir tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.

Faham sajalah maksud tu, kalau tidak, sila rujuk sejarah.

Takdir?  BR1M juga adalah takdir, Altantunya mati pun adalah takdir tapi itu bukan penghalang untuk Tun Mahathir kan?

Kedua-dua mereka pun berada di dalam kabinet Tun Mahathir dulu buat masa yang panjang.  Bermaksud, Tun Mahathir sendiri mengiktiraf peranan dan pengaruh kedua mereka sekalipun tahu bersaudara.

Pendek kata, hubungan persaudaraan itu bukanlah satu masalah sehingga kenyataan Hishamuddin mempertahankan Najib hari ini nak dijadikan isu oleh pemuja Tun Mahathir kerana ia (hubungan itu) diikiktiraf Tun Mahathir sendiri sewaktu berkuasa.

Yang penting sekarang ialah, setelah Hishamuddin bersuara, kita semua menanti kenyataan sama dari seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal.  Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, awal-awal lagi telah menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib.

Meskipun BNBBC Sabah telah membuat kenyataan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri, kenyataan dari Shafie sangat penting untuk memuktamadkan terus gerakan menurunkan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir dan kumpulannya.

Bukan rahsia Tun Mahathir sedang menyebarkan fahaman salah dikalangan segelintir pemimpin UMNO yang dipanggil ke pejabatnya bahawa Datuk Seri Najib sedang kehilangan sokongan dari UMNO.

Tapi kesedaran bahawa dakwaan itu adalah pembohongan semata mata mula ketara setelah satu persatu dari top 5 dalam UMNO seperti Timbalan Presiden, 2 Naib Presiden dan Setiausaha Agung sudah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Hanya menanti kenyataan dari Shafie saja sekarang lepas itu Tun Mahathir boleh hidup dalam dimensinya sendiri.

15 comments:

Anonymous said...

Nk sokongan kene tanya org2 bwh bro. Bkn tanye org atas yg takut tegolek kalu najib jatuh.. sokong membabi tuli.. money3.. bro..

Anonymous said...

simptom 'aku sentiasa menang' mungkin menebal dalam diri tun mahathir. mahathir vs anwar = mahathir menang. mahathir vs abdullah badawi = mahathir menang. mahathir vs najib = ?. belum tahukan? aku berharap tun mahathir akan berfikir semula apa yang beliau sedang lakukan sekarang. sangat besar impaknya kepada parti, bn dan negara. beliau sedang menggegar tiang seri parti. jangan kata beliau bukan pemimpin, bukan menteri dan sebagainya. walaupun kebanyakannya 'bukan', tetapi sebab pengikut dan pentaksub beliau ramai maka kesan perpecahan boleh ditentukan 'berimpak tinggi'. tak perlulah tun mahathir mendapat kemenangan dalam pertempuran dengan bekas protegenya sedangkan kesannya adalah kerosakan. menang sorak kampung tergadai. jangan burukkan rekod 'negarawan'.

Anonymous said...

The article writer....you can lie to yourself but you cannot lie to the majority of 3 million umno members and the rakyat.

Whilst you can count no of KBUs including dep, vice vps, wanita, pemuda and puteri heads by your fingers and extrapolate it to 12 digit nos, it is a not a reflection of true support for najib.

The real concern should be the use of 12 digit calculator when the middle and lower ground members and whole rakyat rise to the occasion to vote you all OUT....thats what counts.

If what tdm have thus far expounded are the rakyats' equal conerns...than you guys will have a very verybig problem.

Remember, its not that the rakyat love najib and few of you supporters less, they love tdm more tosave the party and the nation from going to the dogs.

Pen Kendi said...

Memang betul Tun Razak memberi recommendation pada Tun Hussien Onn untuk melantik Tun M menjadi TPM pasal Tun Razak melihat sifat kepimpinan dan idea pembangunan yang Tun M ada. Sesudah menjadi PM selama 22 tahun Tun M dapat membangun Malaysia menjadi negara disegani, memang betul Tun Razak dalam hal ni..

Tun M telah membayar sokongan Tun Razak dengan mendidik DS Najib hingga menjadi PM. Tun M, secara terbuka semasa menyokong Najib semasa menjadi TPM semasa Pak Lah menjadi PM. Semasa itu Pak Lah lebih memihak kepada Tan Sri Muhiydin menjadi TPM.

Apa salah Tun M tegur Najib, yang diketahui media hanya 20%. Ada banyak issue lagi yang Tun M tak expose kepada media, untuk menjaga nama baik DS Najib. Kalau Tun M suruh DS Najib resign memang ada pekara yang sangat besar yang DS Najib telah buat salah…

Pen Kendi said...

Memang betul Tun Razak memberi recommendation pada Tun Hussien Onn untuk melantik Tun M menjadi TPM pasal Tun Razak melihat sifat kepimpinan dan idea pembangunan yang Tun M ada. Sesudah menjadi PM selama 22 tahun Tun M dapat membangun Malaysia menjadi negara disegani, memang betul Tun Razak betul dalam hal ni..

Tun M telah menbayar sokongan Tun Razak dengan mendidik DS Najib hingga menjadi PM. Tun M, secara terbuka semasa menyokong Najib semasa menjadi TPM semasa Pak Lah menjadi PM. Semasa itu Pak Lah lebih memihak kepada Tan Sri Muhiydin menjadi TPM.

Artikel yang menunjukkan kejahilan dan tahap pengampu super dewa dewi oleh blogger ini.

Tun Dr. Mahathir tak buat serangan peribadi kepada Najib, apa yang Tun Dr. Mahathir utarakan adalah mengenai isu kepentingan negara, jadi apa yang susah sangat Najib nak jelaskan?

Ingatlah bahawa wang berpuluh bilion ringgit yang tak tahulah lesap ke mana itu mungkin dah jadi macam wang Tabung Memali dan Tabung Leburahaya Rakyat PAS Kelantang sebelum ini, wang yang dipinjam oleh 1MDB itu adalah ditanggung oleh kerajaan Malaysia, bukannya Najib atau Hishammuddin.

Kalau Najib dan Hishammuddin nak melingkupkan harta benda peribadi mereka sampai mereka sekeluarga merempat di bawah jambatan Sungai Klang, itu mereka punya pasal, lantak merekalah.

Tetapi ini berkaitan wang negara, wang Malaysia, melibatkan kepentingan rakyat. Dengan jumlah RM 45 bilion itu, beribu kilometer jalanraya boleh dibina, beribu buah sekolah boleh dibina, beribu buah hospital boleh dibina, beribu buah balai bomba, balai polis, klinik, tadika, pusat jagaan, rumah-rumah kos rendah untuk rakyat boleh dibina dengan kos RM 45 bilion itu, tapi kalau hilang begitu sahaja, maka beribu-ribu pembangunan tadi tak dapat dilaksanakan, kerugiannya adalah kepada rakyat, bukanya Najib, Hishammuddin, Shahrir Samad, Lokman Nor Adam, Mat Lebai Bukit Lada, 154 ketua bahagian UMNO, pengampu dan pembodek Najib, yang ruginya adalah rakyat Malaysia.

Kalau kita tahu ada kerugian di pihak 1MDB yang diluar jangkaan, tiada penyelewengan, telus dan kerugian itu adalah biasa dalam amalan berniaga, tak apa kita boleh terima, tapi kalau wang itu hilang begitu sahaja, tak tahu ke mana perginya, tak tahu apa yang berlaku kepada wang itu, apakah rakayt Malaysia boleh terima dengan suka hati perbuatan jahanam sebegini?

Jika wang blogger Jiwa Paradox sendirilah yang diberikan kepada seseorang untuk simpan, kemudian wang itu lesap begitu sahaja, tak tahu apa dah jadi, kemudian orang yang menyebabkan kehilangan wang itu tak mau beri penjelasan, apakah blogger Jiwa Paradox akan buat kenduri 70 hari 70 malam meraikan pengkhianat itu?

Inilah masalahnya bila pihak yang menyokong membuta tuli, tak tahu intipati sebenar apa yang dikritikkan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Najib itu, maka penyokong membuta tuli Najib itu menjadi jahiliyah, menyokong apa sahaja walaupun perkara yang salah pun mereka sokong juga, kononnya untuk 'rakyat dan negara' macam kepala butoh sahajalah sokongan membuta tuli puak pengampu dan pembodek Najib ini.

Anonymous said...

Politik...politik.... team a team b ...

Anonymous said...

Bodoh punya penyokong tegar individu dalam UMNO. Kita kena tengok..apa yang berlaku sekarang..rakyat memang dah menyampah tengok Najib. Aku tak perduli pasal Tun M, dia dah tamat khidmat dalam kerajaan tapi aku bimbangkan pasal syaitan DAP dan Liberal dalam PR yang sedang tersenyum disebabkan masalah yang dibuat oleh Najib.

Rakyat kalau aku tanya dalam sepuluh orang, 7 orang bengang dengan Najib dan dendam sampai e tulang. perduli apa akan jadi lepas PRU 14 walaupun pilih musuh yang nyata. Nak selamatkan kuasa melayu, Najib mesti pergi. Ganti dengan sesiapa selain Najib.

Bodoh punya orang UMNO, buka mata jangan sampai nasi jadi bubur. Aku pun meluat dengan sesetengah orang UMNo ni. Najib tu dah jelas cina kapiaq lawan dia tapi banyak lagi layanan baik diberikan kepads cina. Melayu perlu lebih banyak batuan.

Kami anak tanahiair ini, dijajah dan diambil hak kami. UMNO dipilih untuk mengembalikan hak kami, bukan menekan kami dengan polisi bodoh.

Tun sebar fahaman salah?..

Anonymous said...

ini blogger shoru miss hahahah....kalau tak sokong nap mampuih, sape nak bayau bill aku!

Anonymous said...

Hoi , sedap muluk kau pemuja mahathir , yang kau pemuja Najib elok la tak yah nak gaduh , aku pun bukan orang umno , tapi orang atas pagar , Najib boleh dapat sokongan daripada pengampu dalam umno aku rasa kalau buat pilihanraya masa orang atas pagar macam aku memang tak keluar undi ,biar lantak selagi najib PM memang BN jatuh.

Anonymous said...

Saya warga emas amat selesa dengan Najib yang berjiwa rakyat. Gaji rm4 ribu x bayar cukai dapat BR1M lagi. Dahulu Gaji rm400 lebih pun dikenakan cukai pendapatan. Harga barang pun x lah murah sangat jika dibandingkan dengan gaji yg diterima. Masa tu gst x tapi sst ada. At certain cases sst lebih tinggi dari gst.

Anonymous said...

Elok buang muqadimah blog kamu ni.Rasanya tak sesuai dengan kelakuan kamu.Kamu menyokong Najib dengan menghalalkan kerja salahnya dan menghina orang yang bangkang beliau(TunM dan majoriti rakyat).

Malu punya orang melayu seperti kamu ini.Lebih baik ambik duit yang Najib bagi dan duduk diam.Banyak orang yang makin susah sekarang ini,ada engkau peduli???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa