Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 07, 2015

BERI PELUANG PADA NAJIB:IDRIS HARON


Semua pihak perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara yang kini berdepan ekonomi tidak menentu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata, rakyat tidak seharusnya menuding jari sekiranya terdapat kelemahan pentadbiran di bawah kepimpinan Najib sehingga mendesak pemimpin itu berundur, sebaliknya perlu bersatu mengembalikan kekuatan supaya negara terus seimbang membangun.

Beliau berkata, kritikan secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib dilihat hanya memburukkan lagi keadaan.

“Najib perlu diberi peluang untuk mentadbir dan memimpin negara yang kini berdepan situasi sukar akibat tekanan ekonomi tidak menentu.

“Jika dahulu Tun Mahathir pun pernah dicabar Tengku Razaleigh Hamzah semasa tempoh lima tahun pertama menjadi perdana menteri, tetapi kerana tekanan diberikan itu membuatkan beliau mampu mentadbir negara sehingga 22 tahun.

"Malah, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga mengalami situasi sama semasa bergelar perdana menteri,” katanya di sini, semalam.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Najib akan berjaya menerajui negara secara berkesan biarpun didesak oleh pelbagai pihak untuk melepaskan jawatannya.

“Sepanjang beliau memimpin negara, pelbagai cabaran diberikan. Kita bukan sahaja pandai menuding jari tetapi perlu melihat situasi dan mengkaji kelemahan secara bersama untuk mengembalikan kekuatan.

“Berilah peluang kepada beliau untuk memimpin bagi menjadikan negara dalam keadaan lebih baik,” katanya.

‎Beliau berkata, isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimainkan segelintir pihak untuk mendesak pemimpin itu berundur juga tidak seharusnya timbul, biarpun Najib sudah mengumumkan tiada sebarang pembelaan daripada kerajaan jika terdapat pihak yang pecah amanah.

Menurutnya, audit secara bebas dan menyeluruh ke atas akaun 1MDB dilaksanakan Ketua Audit Negara, sebelum laporan mengenainya akan diperincikan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bagi merungkai persoalan dilemparkan pembangkang dan dalam media sosial.

5 comments:

Anonymous said...

NAJIB AKAN KUAT SEKIRANYA SEMUA KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR KUAT. MENTERI BESAR ATAU KETUA MENTERI BOLIHKAH KUAT KALAU RAMAI DISEKELILING MEREKA NI ORANG YG AHLI UMNO SENDIRI TAK SUKA. ADA ORANG YG DILANTIK KETUA KENTERI MEMEGANG SATU2 JAWATAN CUKUP DIBENCI OLIH AHLI UMNO SENDIRI HARAP YB IDRIS HARON PILIHLAH ORANG YG AHLI UMNO SUKA DAN YG BERKEBOLIHAN BUKAN KERANA DIA TU KAWAN LAMA

Tuan Tanah said...

alahai pembodek najib sorang ni..jangan nak membodek je dato.

tun m cakap benda yang betul.banyak sangat skandal2 yg x dapat dijawab najib dengan berkesan sehingga boleh meyakinkan rakyat.

tolonglah dato jangan sebab takut hilang kuasa sampai benda yg salah pun takut nak ditegur..percayalah kalau macam ni sikap pemimpin umno xkan kekal umno kat bumi bertuah ni.

dato sendiri bila bercakap bukan main bersulam kan ayat2 quran tapi orang2 keliling dato dibiarkan berperangai binatang.ingatkan pemimpin pas je peralatkan agama rupenye pemimpin umno pun same je.

orang melaka dah muaklah dato dengan pemimpin macam ni.

Anonymous said...

6 tahun dah...... Banyak yg bagus tapi ada juga yg kureng. Pokoknya moving forward, can he delivers pru14. That's key ........

Anonymous said...

dey deris..peluang sudah kasi 6 tahun ler, asyik melancung & shopping jer > tokey babi pun boleh bankrupt bro

Anonymous said...

KAMI SOKONG TUN DAN KAMI JUGA SOKONG NAJIB TAPI KAT MELAKA KAMI MARAH KERANA ADA BEBERAPA KAWAN KM YG LATAR BELAKANG BURUK DILANTIK MEMEGANG JAWATAN DALAM PBT ATAS DASAR KAWAN LAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa