Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 07, 2015

MISTERI PENUMPANG WANITA HELIKOPTER TERHEMPAS TERUNGKAI


HULU LANGAT 7 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan wanita bernama Aidena Braizieva, 25 yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini merupakan kenalan kepada Kapten Clifford William Fournier.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihak polis, tiada bukti lain yang menunjukkan satu-satunya mangsa wanita dalam nahas itu mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi itu. - UTUSAN ONLINE

Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 lalu masih lagi menjadi misteri. Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.

Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier

2. Aidana Baizieva Co Pilot Warga Kyrgyzstan

3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)

4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran

6. Datuk Tan Huat Seang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa