Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, October 07, 2014

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL AKAN BERLAKU TIDAK LAMA LAGI???!!!




Sejak 2 hari lepas, heboh diperkatakan oleh “ahli parlimen kedai kopi” berikutan terpampangnya di muka depan beberapa akhbar utama, bahawa Khalid Ibrahim akan melepaskan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Menurut sumber, Faekah dikhabarkan telah menafikan spekulasi berkenaan perkata tersebut.

Khalid, sewaktu baru melepaskan kerusi panas Menteri Besar Selangor, pernah berkata bahawa beliau senang dan mahu berstatus ADUN bebas. Mengapa tiba-tiba wujud spekulasi ini? Apakah Khalid sedang diasak oleh pihak-pihak tertentu agar melepaskan kerusi DUN Pelabuhan Klang?

Hakikatnya, apa yang telah diputuskan oleh Khalid Ibrahim sewaktu berstatus Menteri Besar Selangor telah mula dipertikaikan oleh Menteri Besar yang baharu. Malah, perjanjian berkenaan bekalan air yang jelas amat penting kepada rakyat juga menjadi sasaran.

Sudah menjadi “trend” pemimpin politik Pakatan untuk membidas dan mengkritik pemimpin-pemimpin yang tiada di dalam samada dewan undangan negeri atau pun parlimen. Tun Mahathir, Dr. Khir Toyo, malah pemimpin NGO seperti Hamidzun Khairuddin dan juga ahli perniagaan seperti Syed Mokhtar Bukhari tidak lekang menjadi mangsa kritikan tanpa ada ruang untuk membalas hujah tersebut. Tentunya situasi ini amat menguntungkan pemimpin Pakatan kerana hujah mereka berbentuk satu hala.

Berdasarkan “trend” tersebut, apakah Khalid Ibrahim pasti bahawa dengan meletakkan jawatan, maka beliau tidak lagi menjadi sasaran politik dendam dan kebencian amalan Pakatan? Apatah lagi sewaktu memimpin Selangor, pergolakan dalaman politik Selangor menggelegak sehingga membawa kepada penamatan kontrak kakitangan PKNS yang diwar-warkan sebagai “orang” si polan dan si polan dan bukannya orang Khalid?

Itu belum lagi sketsa “alif zai mim ya nun”nukilan terhebat dari Faekah di laman Twitter!

Dengan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Khalid tidak lagi mampu untuk mempertahankan dirinya, malah keputusan-keputusan yang telah dibuatnya dengan slogan “demi rakyat” mungkin akan dimanipulasi untuk terus-terusan memburukkan Khalid Ibrahim.

Tidak dinafikan, Selangor diambang kehancuran sewaktu dipimpin oleh Khalid Ibrahim dan PKR yang sibuk mengutamakan politik berbanding kemakmuran negeri. Namun begitu, ada juga perkara-perkara yang akhirnya memberi kesedaran kepada Khalid akibat dari pengalaman pahitnya dimaki seantero negeri gara-gara krisis bekalan air.

Dan demi rakyat, Khalid Ibrahim wajib terus berada di dalam dewan undangan negeri untuk berhujah untuk mempertahankan keputusannya sewaktu bergelar Menteri Besar Selangor.

Itu pun kalau benar-benar dia berada di pihak yang benar!

1 comment:

Anonymous said...

Satu hal yg Sultan setuju dengan Azmin,,, pasal pe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa