Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, August 22, 2014

RAFIZI RAMLI SAHKAN PKR ADALAH HAK MILIK MUTLAK ANWAR ANAK BERANAK


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menyatakan adalah tidak adil mendakwa parti itu mengamalkan nepotisme kerana semua parti komponen Pakatan Rakyat mempunyai isu yang sama.

“Sekiranya Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual eksklusif bersama Roketkini.

“Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Itulah Rafizi, panglima perang Anwar yang tidak pernah jemu bermain kata-kata memuji ‘bosnya’ dan juga tidak pernah ada rasa takut melontar rekayasa tentang sesuatu isu memburukkan UMNO dan BN.

Setinggi langit nampaknya Rafizi melambung Wan Azizah demi untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Pengarah Strategik parti Pkr. Beliau dilihat sudah boleh menarik nafas lega berikutan Pas akhirnya tunduk kepada kehendak Dap dan Pkr tentang kedudukan Wan Azizah.

Idea “Langkah Kajang” yang kononnya ciptaan beliau pada mulanya ditentang hebat oleh akar umbi Pkr kerana dilihat sebagai “Langkah Perpecahan Parti” bukan langkah yang mampu menguatkan perpaduan dalam Pkr itu sendiri. Hinggakan ada desakan agar Rafizi dipecat dari jawatan tersebut.

Tanpa wujud rasa malu dan hina, beliau cuba membuat penafsiran baru tentang apa itu Nepotisme. “Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP.

Kalau dulunya mereka yang sama inilah yang bersungguh-sungguh menyerang mana-mana pemimpin UMNO-BN dalam isu nepotisme dan kronisma. Bagi mereka berdosa dan bersalah besarlah kalau kita benarkan anak pinak diberi keutamaan memegang jawatan dalam pemerintahan ataupun perniagaan yang bersangkut-paut dengan kerajaan.

Bila batang hidung sendiri yang terkena, baik yang bergelar ulama maupun yang bertaraf profesional, semuanya jadi halal. Segala yang pernah dihamun dahulu kepada orang lain, mereka sanggup jilat dan telan. Semuanya kerana perjuangan mengisi tembolok mengatasi perjuangan untuk kebajikan rakyat yang mereka pimpin.

Maka nepotimse dan kronisme hanya haram bila dilakukan oleh Barisan Nasional dan menjadi halal bila dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Rakyat Selangor kalau masih belum celik hatinya maka bersedialah untuk melihat kodok menaiki junjung.

1 comment:

Anonymous said...

Fuck u la rafizi..klu bn semua tu nepotisme la tp klu parti kau halal la pl..memang babi betul ko ni..dulu kenapa vlp bn nepotisme bl anak2 mahathir pegang jwatan dlm umno, tp bl wan aziziah yg xtau apa2 pegang jawatan dlm pkr blh pl..haramjadah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa