Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 21, 2014

BOLEH PERCAYA KE CAKAP GANI PATAIL NI???



Malaysia mengulangi pendirian untuk mendakwa pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di mahkamah Malaysia kerana kapal terbang itu milik Penerbangan Malaysia (MAS).

"Suspek yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 akan didakwa di Malaysia kerana pesawat itu adalah hak milik negara," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan terhadap insiden itu berikutan Malaysia dan Belanda menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Tempoh masa tertentu perlu diberikan kepada pihak yang sedang menjalankan siasatan.

Kita mungkin akan mendapat gambaran lebih luas berhubung perkara ini selepas hari Khamis (sebaik penghantaran 20 jasad mangsa MH17 rakyat Malaysia dilakukan)," katanya dipetik Harian Metro.

Bagaimanapun, Abdul Gani mengakui bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh terburu-buru berbuat demikian kerana semua tindakan perlu berdasarkan kepada hasil siasatan.

Beliau berkata, buat masa ini tindakan pihak kerajaan masih belum sampai ke peringkat pendakwaan.

Menurutnya, penelitian rapi pelbagai sudut perlu dilakukan sebelum kerajaan mengambil sebarang tindakan berikutan semua perkara ini memerlukan siasatan yang sangat rapi.

"Ini juga bergantung kepada tahap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang mempunyai kaitan dengan tragedi itu membabitkan negara lain seperti Australia, Belanda dan Ukraine.

"Semua ini turut bergantung kepada hasil siasatan yang masih berjalan," katanya yang tiba di negara ini untuk menyambung proses rundingan dan siasatan.

Kedatangan beliau turut dibantu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kali kedua berada di negara ini dalam tempoh kurang sebulan apabila tiba Isnin lalu bagi menyelesaikan masalah perundangan dan siasatan berkaitan nahas MH17.

Sementara itu Khalid enggan mendedahkan perkembangan rakaman data penerbangan (FDR) dan kotak hitam (CVR) pesawat MH17 yang memuatkan data penerbangan.

Pihak berkuasa kerajaan Belanda sebelum ini pernah meminta Khalid menghantar tiga pakar penyiasat yang mahir di dalam soal perundangan bagi membantu mereka menyiasat kes MH17 di Ukraine.-20/8/2014

7 comments:

Anonymous said...

kah..kah..kah..AG buat lawak bodoh pulak. Nak dakwa Rayer pun takut ni cakap nak dakwa pihak yang menembak MH 17.Inilah namany Pak Taik Seguni.

Anonymous said...

Apa begap nie cakap? Kes kat malaysia takut2 nak dakwa, kena sergah dgn orang putih bisu terus...please resign for the sake of the rakyat

Anonymous said...

Pu... M..., ini yang akan ketuai kes ini, baik cari orang lain. Barua ni tak boleh pakai. Buat malu Negara je. Lihat kes Pulau Batu Putih, hancur, kes kes kecil puntak boleh handle ini nak sibuk dengan kes MH17. Tui, pergi jahanamlah paria...........

Anonymous said...

Hahaha
Kah kah kah

Samy vellu pun kalah ini mcm
Ghani lg kuat belit wooooo
Penangan globalisasi kot
Mcm bisnesman.. cr peluang perniagaan fi lusr negara..
Ghani 4 tahil pun sana.. cr kes di luar negara

Cibai punya AG

. said...

Autaaa tahap belacan basi...

Anonymous said...

Hahaha..mengalahkan Raja Lawak..
Dah berapa lama kes NUAR sepatutnya masuk penjara??
Dah berapa lama peserta Bersih di dakwa??
Rayer dah dakwa ke?
Raja Lawak ni cakap dgn mulutke dgn Bontot...
Hallo Brader...Patutnya Lu dah lama letak jawatan...Lu dah jadi BIAWAK HIDUP LA...
Balik Sabah lagi baik.....

Anonymous said...

Dia temberang je tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa