Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 05, 2014

RAZALI IBRAHIM BANTU PEMUDA YANG MAHU TEMBAK NAJIB RAZAK





SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA DRI YANG SENTIASA PRIHATIN DENGAN NASIB ANAK MUAR.

DALAM KES HANIMURA YAKUZA YANG MAHU TEMBAK NAJIB RAZAK, BEBERAPA PEMUDA DARI MUAR TELAH MENJADI MANGSA RED BENA ARMY YANG MANA GAMBAR MEREKA TELAH DIGUNAKAN DALAM AKAUN FB PALSU YANG MENAIK MUAT STATUS JAHAT TERSEBUT. CERITANYA >>>DI SINI<<<

DATO' RAZALI IBRAHIM TELAH BERTEMU SENDIRI DENGAN PEMUDA-PEMUDA TERSEBUT DAN MENGADAKAN SATU SIDANG MEDIA KHAS UNTUK MEMBANTU MEMBERSIHKAN NAMA MEREKA YANG TERCEMAR ANGKARA PERBUATAN JAHAT RED BEAN ARMY.

DALAM PERTEMUAN TERSEBUT, PEMUDA-PEMUDA INI TELAH MENERANGKAN PERKARA SEBENAR DAN KEADAAN MEREKA SETELAH MENJADI MANGSA FITNAH JAHAT RED BEAN ARMY.

TERIMA KASIH DIUCAPAKAN KEPADA DATO RAZALI IBRAHIM ATAS USAHA MURNI BELIAU DAN HARAP AGAR SKMM SEGERA JALANKAN SIASATAN MENDALAM AGAR IDENTITI SEBENAR PENJAHAT ITU DAPAT DIKESAN DAN TINDAKAN SEWAJARNYA DAPAT DIAMBIL DENGAN KADAR SEGERA!!

APAPUN, RAZALI IBRAHIM MEMANG STEADY!!!

JPX

Muar: “Saya bimbangkan keselamatan diri dan keluarga. Disebabkan gambar kami digunakan pada akaun facebook (FB) palsu itu, kami dikecam dan lebih teruk lagi apabila pengguna Internet kini tahu lokasi kami,” kata Muhammad Hanif Hazizi Mohd Noh, 26, menyangkal akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Hanimura Yakuza adalah miliknya.

Akaun itu mula mendapat perhatian apabila memuat status ugutan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 1.24 tengah hari, 26 Februari lalu.

Tindakan itu bukan saja dikecam pelbagai pihak, malah membahayakan nyawanya sebagai pemilik gambar yang digunakan hingga dia terpaksa tinggal berasingan dengan isterinya sejak lebih seminggu lalu.

Muhammad Hanif berkata, pemilik akaun itu menggambarkan dirinya sebagai kaki perempuan kerana turut memaparkan beberapa gambar gadis yang didakwa sebagai bekas teman wanitanya.

“Gambar profil digunakan pemilik akaun itu adalah gambar saya bersama empat rakan yang diambil pada majlis perkahwinan seorang rakan di Kuala Perlis, Perlis pada 2011.

“Ia adalah gambar kenangan bersama pengantin dan disimpan dalam satu album di akaun FB saya, namun dicuri dan digunakan pemilik akaun itu sebelum dimuat naik beberapa status tidak bertanggungjawab.

“Saya diberitahu mengenai penggunaan gambar kami pada 28 Mac lalu apabila bapa saudara menelefon dan bertanya sama ada akaun itu adalah milik saya atau tidak kerana terdapat status ugutan ‘aku ingat mau tembak jek Najib Razak...aku tarak goyang sama sape2’,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pelik dengan pertanyaan itu, dia membuka akaun FB berkenaan dan terkejut apabila mendapati individu terbabit menggunakan gambarnya sebagai gambar profil.

Katanya, pada mulanya dia marah dengan keadaan itu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada 28 Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, perasaan marahnya bertukar bimbang apabila ramai pemilik akaun laman sosial terbabit memaki hamun dan mengancam keselamatannya.

“Lebih malang ada yang tahu kami dari daerah ini dan dalam beberapa komen, beberapa pengguna memberitahu di mana rakan saya membeli makanan, warna pakaian dan beberapa keterangan terperinci.

“Kini kami hidup tertekan.

Kami adalah rakan satu taman perumahan dan membesar bersama-sama, malah saya adalah ahli Pemuda UMNO dan mustahil akan melakukan perkara (ugut bunuh) itu.

“Jika difikirkan logik, mana ada individu yang berani membuat ugutan bunuh menggunakan gambar sendiri, inikan pula melakukan ancaman kepada Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, dia kini terpaksa bercuti seminggu kerana bimbangkan keselamatan dan menghantar isterinya pulang ke kampung.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengesan individu terbabit dan mendakwanya.-HM

3 comments:

Anonymous said...

Selagi Kerajaan lembik dan lambat bertindak, inilah hasilnya.
Elok2 ada ISA dimansuhkan. Elok2 ada Ahta Hasutan pun nak dimansuhkan.
Jadi musuh2 negara tidak ada perasaan takut utk melakukan kehendak hati busuk mereka.
Bertindaklah sebelum terlambat. Jangan tunggu nasi menjadi bubur.

Anonymous said...

Mcm2 Hal... pandai buat tak berani tanggung... bila dah nak kene amik tindakan... baru lah sibuk Acc kene Hack laa.. kene itu la.. ini la...poyo la weii... pengecut la wei....!!! Disebabkan mulut.. badan binasa... padan ngan muka hang...

Anonymous said...

Kerajaan melalui skmm dan polis harus bertindak segera sebelum pihak yang menjadi mangsa pemalsuan identiti mendapat kesusahan...ini tanggungjawab kerajaan melalui polis dll agensi bagi melindungi rakyatnya...jangan sampai rakyat bertindak sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa