Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 04, 2014

KENAPA NURUL IZZAH TOLAK HUDUD?


Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berlapik seolah-olah menolak hukum Hudud. Nurul Izzah berkata isu pelaksanaan hudud bukannya satu perkembangan baru di peringkat negeri Kelantan. 

“Bagi saya ini adalah tentang ‘faith of priority’ (keutamaan). Apa yang penting dan yang harus diberi keutamaan (sekarang) adalah perkara-perkara seperti ‘good governance’ (urus tadbir baik), menghapuskan rasuah dan mengurangkan kadar kemiskinan.“Ini adalah fokus saya sebelum beralih ke isu pelaksanaan hudud,”

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:

 وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. ” (Surah al-Maidah (5) ayat 44)

Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T. Ianya tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Persoalannya sekarang adakah draf hudud PAS dan Kelantan menepati erti kata hudud yang sebenarnya? Perlu kita ingat bahawa hukuman hudud tidak boleh diubahsuai dan dipinda mengikut kesesuaian pemimpin PAS dan sekutu mereka. Hudud adalah hak Allah s.w.t.

NURUL IZZAH MURTAD3

Isu yang paling ketara dalam hudud PAS yang jelas bertentangan dengan hukum Allah adalah Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan  namun pengikut PAS harus terima itulah hakikat hudud yang mereka bangga-banggakan.

Manakala  di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 pula , iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

“Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur”.

Peruntukkan ini menyatakan dengan jelas bahawa  persetubuhan melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS. Di dalam hukum Allah jelas menyatakan bahawa liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan.  Mengapa PAS membezakan persetubuhan dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud? Peliknya kerana walaupun Hudud PAS Terengganu menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS yang memerintah Terengganu semasa itu.

Apabila manusia memakai topeng Islam untuk tujuan politik kotor mereka maka kesucian Islam telah dipertaruhkan dan bakal diperjudikan demi secebis sokongan. Ketaksuban PAS mempermainkan hukum ALLAH dengan menulis hukum sendiri dan memanggilnya  sebagai hukum ALLAH sebenarnya amat keji. Rakyat perlu tahu bahawa enakmen PAS itu bukanlah 100% hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya.

Begitu juga dengan isu cukup umur. Dalam Seksyen 1 didalam Enakmen  Hudud PAS memperuntukkan bahawa”mukallaf itu maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna aqalnya”. Ini bercanggah dengan hukum syarak. Hukum Islam telah menetapkan bahawa mukallaf itu adalah mereka yang sudah mencapai umur aqil baligh, iaitu datang haid bagi perempuan atau datang mimpi bagi lelaki, atau dalam ketiadaannya, sudah mencapai umur 15 tahun hijriah.

Selama ini UMNO menolak Hudud PAS yang jelas amat bertentangan dengan hukum Allah. Insyaallah sekiranya mereka dapat memperbaiki kelemahan ketara yang jauh terpesong dengan hukum Allah maka UMNO akan bekerjasama dengan PAS untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob pada Rabu lepas mengumumkan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri yang mahu menyiapkan dua rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen bagi merintis kepada pelaksanaan hudud dan qisas di Kelantan. Keputusan itu katanya adalah sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.

Walaubagaimana pun tentangan dari  DAP  dan PKR berkenaan perlaksanaan hudud ini bakal menyaksikan pertelingkahan dalam pakatan pembangkang. DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Manakala bagi PKR ianya bukanlah keutamaan mereka. Insyaallah UMNO akan bersama PAS dalam menegakkan hukum Hudud yang sebenarnya bukan hudud yang mengikut selera dan citarasa pemimpin PAS dan sekutunya.--MYKMU

5 comments:

Anonymous said...

bila HUDUD dikuatkuasakan di SELANGOR seperti yang di war2 kan sebelum ni ... maka antara pesalah yang akan menjalani hukuman seperti ini ialah .....

http://4.bp.blogspot.com/-4agN6CTrnTQ/TsNHwmgwiSI/AAAAAAAAALo/vnWbNXJ4z-Q/s1600/pancung+2.jpg

ANWAR IBRAHIM !!

setuju sangat ... banyak dah kerosakan hasil perbuatan manusia laknat ni

Anonymous said...

Kita nantikan hudud versi UMNO pulak..

Anonymous said...

PAKATAN nk laksanakan HUDUD.. hahah.. LAWAK..LAWAK.. 'LANGKAH DULU MAYAT 'KAPAL PUSING'..hehe Tapi yg muskyil pulak.. UMNO bila cakap nk laksanakan HUDUD?? nk tunggu HUDUD versi UMNO konon.. padahal HUDUD PR pun x jalan.. itu namanya (HUDUD PAKATAN) ni HUDUD guna 'aik liur' SAHAJA.. kalau setakat air liur.. semua org pun boleh..

Anonymous said...

UMNO tak perlukan hudud kerana UMNO memahami realiti rakyat Malaysia. Sama seperti yang dinyatakan oleh ostad Azizan bekas menteri besar Kedah.. jadi hudud ala UMNO langsung tak berbangkit. Tak payah nak tukar topik pulak wahai anjing PR..

Anonymous said...

Nampak sangat anon 3:25 taik bontot .... dah panas la tu
apasal bro ... lu sudah goyang ka ??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa