Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 10, 2014

PAS SELANGOR BEKERJASAMA DENGAN TENTERA KAFIR JAHANAMKAN ISLAM!!!


PAS yang seringkali mendabik dada, kononnya merekalah yang lebih faham tentang Islam dan berbangga-bangga kerana PAS sahaja yang ada Majlis Ulama yang konon-kononnya semua fatwa PAS adalah berdasarkan daripada kesepakatan ijma’ ulama-ulama PAS, ternyata kelam-kabut untuk melarikan diri daripada isu yang lebih besar di Selangor.

DAP menerusi tiga orang ADUNnya telah membuat usul untuk meminda enakmen yang membolehkan Selangor menjadi negeri pertama di Semenanjung yang ‘dibebaskan’ daripada penjajahan umat dan pemimpin Islam. Dan pada masa yang sama, ketiga-tiga ADUN tersebut turut mempersoalkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai klausa melarang penyebaran agama lain selain Islam kepada umat Islam.

DAP sedar tentang kesan daripada cubaan dan kelakuan mereka sendiri di Selangor. Justeru, sebelum umat Islam naik berang dan mula meninggalkan DAP bahkan melihat DAP sebagai musuh umat yang perlu diperangi dengan sebarang cara, DAP terlebih dahulu mempergunakan PAS untuk menambahkan lagi pecah belah di kalangan umat.

Beberapa hari lepas, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa para penunjuk perasaan yang berdemonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menggulingkan kerajaan adalah ‘pemberontak’. Dalam bahasa Arabnya adalah ‘bughah’.

Bughah merupakan salah satu daripada kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman bunuh di bawah undang-undang hudud.

DAP melihat ini merupakan peluang terbaik untuk mereka melekakan umat Islam, khususnya di Selangor. Perpecahan di kalangan umat Islam perlu diperbesarkan dan umat Islam perlu disibukkan dengan urusan agama sendiri. Lebih daripada itu, DAP menggunakan kesempatan mempromosikan golongan jahil untuk bercakap dan mengulas perkara membabitkan agama mengikut buah fikiran DAP.

Walaupun mungkin menyedari mereka melakukan kesilapan dan melampau, asalkan ianya boleh meleretkan isu dan memanjangkan pertelingkahan antara umat Islam, PAS perlu mengikut perintah DAP dengan apa cara sekalipun.

Isu BUGHAH nampaknya sudah mula menarik perhatian. Jentera penerangan PAS termasuklah juak-juak yang sebelum ini cukup kuat menyokong LGBT, seksualiti bebas dan liwat menerusi pelbagai dalih dan alasan, mengalihkan perhatian kepada Tan Sri Harussani Zakaria dan BUGHAH berbanding penghapusan Selangor sebagai salah sebuah negeri yang melindungi umat Islam.

PAS mengeluarkan pelbagai ‘pendapat’ dalam isu BUGHAH. Tidak cukup dengan ulama-ulama ciptaan mereka sendiri, PAS bergantung dan memberikan pula publisiti kepada individu yang dilihat sebagai seorang ulama atau bekas Mufti kerana individu tersebut menyokong pendapat mereka bahawa BUGHAH tidak dikira sekiranya perhimpunan menentang kerajaan itu tidak dilengkapi senjata.

Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis Pertubuhan Bible Malaysia di Damansara Kim pada 9 Januari lalu dengan rampasan 310 naskhah Bible berbahasa Melayu, berjaya melarikan isu lebih besar yang dicetuskan oleh tiga orang ADUN DAP. Sebelum ketiga-tiga ADUN DAP itu diserang dan DAP terheret sama sampai tidak boleh menjawab, PAS perlu melarikan isu tersebut daripada diperkatakan.

Seperti yang diketahui JAIS atau mana-mana agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja agama, dipenuhi oleh para penyokong PAS. Dari kalangan pegawai sehinggalah kakitangan biasa, termasuklah petugas-petugas penguatkuasaan, kebanyakan daripada mereka cukup yakin, PAS adalah penyelamat ummah.

Justeru, ada teori yang menyatakan bahawa tindakan JAIS menyerbu ibu pejabat Pertubuhan Bible Malaysia itu sebenarnya adalah satu konspirasi bagi mengelakkan DAP daripada terus ditekan dan mengurangkan sokongan berterusan terutama daripada masyarakat Islam kepada Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP selain bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat Kristian di Sarawak yang bakal membuang undi pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Disebabkan itulah, sebaik-baik sahaja JAIS mengambil tindakan, terdapat banyak reaksi negatif termasuklah daripada Kristian yang menjadi komponen Barisan Nasional. Motif sebenar rampasan dan kaitannya dengan objektif DAP untuk mewujudkan huru-hara dan perpecahan di kalangan umat Islam serta masyarakat Bumiputera yang membentuk 64% pengundi di Malaysia, tidak pernah diperkatakan. Semuanya bersatu hati untuk menyatakan bahawa tindakan JAIS yang sebahagian besar pula dibarisi oleh para penyokong PAS, adalah salah.

Malah walaupun PAS diberikan jawatan sebagai Exco Agama Islam di Selangor, pemimpin PAS itu langsung tidak mampu bersuara dan membenarkan tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang yang telah tertulis di Selangor. Sebaliknya Solihin Mukhyi kelihatan tergagap-gagap bagaikan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak yang lebih berkuasa berbandingnya.

Solihin Mukhyi gagal menyatakan bahawa undang-undang di Selangor, tidak sama seperti undang-undang agama di Sarawak. Solihin Mukhyi juga gagal menyatakan bahawa penduduk walau dari negeri mana pun yang tinggal di Selangor, terpaksa akur kepada undang-undang negeri Selangor.

Dari sehari ke sehari, Allah Taala telah menelanjangkan sikap munafik PAS. Namun pada masa yang sama, para pengikut dan pemercaya PAS pula tidak ubah seperti kaum Quraisy yang masih enggan mengakui bahawa agama menyembah berhala, adalah kesalahan dan bertentangan dengan fitrah hakikat sebenar tauhid. Para pengikut dan pemercaya PAS masih mahu terus berpegang kepada sehelai daun hanya semata-mata kerana ego dan besar kepala walaupun mereka semakin sedar, PAS hanyalah munafiq yang sedang bekerjasama dengan musuh Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa