Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, January 16, 2014

ALHAMDULILAH:PAS TERUS SETUJU KAFIR GUNA KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR 16 Jan - Pakatan Rakyat (PR) hari ini tetap berpegang teguh dengan pendirian yang membenarkan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah sejak dari tahun 2010.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Pakatan Rakyat tidak akan berubah kerana perkara ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti politik di bawah Pakatan Rakyat.

"PR telah buat kenyataan yang tegas dan jelas dalam isu Allah sejak tahun 2010 berdasarkan draf yang dikemukakan oleh Tuan Guru Hadi Awang, Presiden Pas yang dibentang dalam mesyuarat PR dipersetujui oleh ketga-tiga parti dan pendirian kami tidak akan berubah.

"Semua tindakan yang dikatakan melanggar peraturan dan undang-undang harus dileraikan mengikut cara yang berhemah dan tidak menunjukkan keangkuhan kuasa.

"Kita harus faham bahawa tugas umat Islam bukan sahaja tegas mempertahankan akidah, tetapi kebijaksanaan atau hikmah dakwah itu harus ada," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya pagi tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut mengemukakan syarat berhubung pendirian PR yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam di mana harus wujud ruang perbincangan dan perbicaraan yang mampu memberi suatu keyakinan bahawa kedudukan akidah dan umat Islam tidak terjejas oleh dakyah Kristian.

"Kita harus juga jelaskan dengan lebih berkesan kepada umat Islam negara ini. Pertama, ia tidak menjejaskan akidah, kedua, ia tidak memberi laluan kepada jentera Kristian untuk mengelirukan umat Islam.

"In penjelasan yang harus kita lakukan berdasarkan apa yang kita faham dan tafsirkan dari sudut apa pendirian Islam tentang isu Allah yang saya yakin ianya dibenarkan.

"Saya baca kenyataan Sheikh Yusof Qardawi dan saya berhujah dengannya, dan saya dengar sendiri ianya dibolehkan. Jadi saya pertahankan pandangan ini," ujarnya.

Beliau menambah, dalam masa yang sama, rakyat haruslah berusaha mempertahankan hak kebebasan beragama bagi penganut agama lain demi keselesaan bersama.--RakyatNews

Sent from my iPad

2 comments:

Anonymous said...

Tak tau lagi dah nak cakap apa ngan Ketua Umum Bodoh PR ni..Lebai Hadi ni pun ulama apa la agaknya..bertaubatlah weeiii wahai pemimpin islam PR ooiiiii

Anonymous said...

Sapa hang nak berhujah bagi menentukan penggunaan nama Allah..nama tu bukan Bapak Hang atau Bapak Hadi punya...

Dah tu nak paksa ke percaya tu kepada orang la. ..nak sesat pi mampos la..nak dragged orang lain buat apa...

Pukimak punya pemimpin PKR !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa