Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 11, 2013

MAT SABU WAJIB BACA ARTIKEL INI


Usul, perbahasan dan cadangan yang dicetuskan oleh pimpinan UMNO untuk mentakrif Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat tidak masuk akal dan mencerminkan pemikiran sempit kepimpinan UMNO hari ini.

Perubahan takrifan Islam dalam Perlembagaan kepada Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga akan menimbulkan pelbagai polemik, perpecahan dan tidak mustahil keganasan pada masa akan datang.

Malahan Presiden UMNO mencadangkan pula Perlembagaan UMNO diubah kepada Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah juga.

Apakah maksud cadangan perubahan pindaan ini? Jika ia mahu membendung ajaran Syiah, ia tidak boleh diselesaikan melalui Perlembagaan. Soal kepercayaan, iktikad dan anutan adalah soal akal fikir. Mereka yang percaya Syiah satu pegangan yang betul tidak mungkin boleh diubah melalui takrifan perlembagaan. Mereka harus diberi kesedaran, dakwah dan pertentangan intelektual.

Jika mereka terus menyebarkan ajaran yang dianggap sesat oleh Islam maka tindakan melalui undang-undang boleh diambil tanpa perlu mentakrif Perlembagaan Malaysia mahu pun Perlembagaan UMNO.

Saya tidak mempertikaikan bahawa terdapat ajaran-ajaran dalam beberapa faction syiah menghampiri kesesatan dan syirik, namun ia bukanlah satu perkara yang ditangani memalui pentafsiran rigid mengenai kelompok Islam yang layak diiktiraf di negara ini. Malahan ketidakberanian Arab Saudi mengharamkan penduduk Iran dari datang mengerjakan haji adalah jelas menunjukkan soal kesalahan dalam fahaman Syiah bukan sehingga tahap dianggap murtad atau terkeluar Islam.

Sehingga hari ini tiada negara Islam berani mengusulkan Iran dikeluarkan dari Pertubuhan Negara-Negara Islam kerana ajaran syiahnya terkeluar dari Islam.

Islam sepatutnya satu sahaja tidak ada sunnah, Sunni, wahabi atau apa lagi kumpulan. Kalau kita mula mendefinisi Islam dalam perlembagaan mesti Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah maknanya ada Islam lain. Islam apa? Kalau tidak ada Islam lain kenapa mesti dimasukkan tafsiran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja di Malaysia ini?

Jika ini dilakukan, akan datang ada pula kumpulan mahukan ahli sunnah mazhab Shafie sahaja. Sekarang pun sudah ada pandangan bahawa Wahabi dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dua kumpulan yang berlainan.

Malaysia berhak mengenakan menjadikan pegangan ahli sunnah wal jamaah sebagai rujukan utama dan juga panduan dalam pentadbiran dan pendidikan Islam. Namun adakah wajar untuk mengisyhtiharkan perang secara terbuka kepada Syiah?

TERUS BACA DI >>>SINI<<<

1 comment:

ASWAJA said...

Syiah bukan Islam, out of question.
Wahabi (atau apapun nama yg mrk gunakan), sgt mengelirukan, mengungkit semula isu isu yg telah lama diselesaikan oleh para ulama' AhlusSunnah wal Jama'ah silam dgn cubaan penafsiran semula dan kononnya hanya semata mata mengikut Quran dan Hadis. Sgt mengelirukan bila yg membawanya bergelar ust dan Dr. Mrk sesama mrk pun berbeza pendpt. Penafsiran semula bakal memunculkan semula mazhab mazhab lama yg tersasar, spt khawarij, muktazilah, qadariah, jabariah, murji'ah, jahmiyah, zahiriyah dan entah apa lg. Memusykilkan bg yg kurang berilmu bila semuanya mengaku sunnah, ust pulak tu, Dr lg. Lbh memburukkan keadaan bila mrk menuduh sesat pihak yg tidak sependapat dgn mrk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa