Penghujung Oktober 2013 yang kian dekat dan bulan November yang makin mendatang tentunya membuatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidur malam tidak lena gara-gara dilanda keresahan mengenangkan jawatan yang disandang belum pasti akan kekal dalam genggaman.
Setakat ini belum ada mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatannya, hatta Mesyuarat PAS Alor Setar yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS itu beberapa hari lepas pun enggan memberi muka pada Mat Sabu sebaliknya dicalonkan pula Tuan Ibrahim Tuan Man.
Marah benar orang Kedah pada Mat Sabu. Mahu tak marahnya kalau dah salah satu punca kejatuhan PAS di Kedah dan antara penyebab kian jauhnya orang Melayu Islam dari PAS adalah disebabkan mulut lancang Mat Sabu yang mendewakan Mat Indera Komunis.
Tapi kot mana pun akan ada juga yang bakal mencalonkan Mat Sabu, kebanyakkannya nanti bakal datang dari PAS Kawasan yang mana dikuasai oleh golongan liberal, Syiah dan Anwarinas.
Kira-kira sebulan yang lalu, Multaqa Ulama Se-Malaysia yang menghimpunkan pimpinan PAS yang dikategorikan sebagai ulama telah mencapai 8 resolusi penting yang dianggap mampu memperbetulkan semula hala tuju perjuangan parti.
Salah satu dari resolusi itu berkaitan dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS di mana ia diputuskan wajar diisi oleh kalangan pemimpin parti dari kalangan ulama manakala jawatan Naib Presiden disarankan gabungan antara ulama dan professional.
Ini isyarat besar khusus ditujukan pada Mat Sabu, ia bukan kebetulan dan bukannya lagi ilusi tetapi menjelaskan lagi betapa wujud penolakan besar terhadap kepimpinan Mat Sabu.
Seperti kita tahu Mat Sabu bukannya ulama, dia juga bukan ustaz atau ilmuan agama. Malah bukan juga golongan yang memiliki professional yang gah, dia bukan doktor, bukan lawyer, bukan jurutera, bukan pun professor dan bukan juga usahawan berjaya.
Kelebihan Mat Sabu cuma berceramah siang malam, waktu jadi tok wakil asyik berceramah dan bila hilang kerusi pun makin galak berceramah. Jika itu dikatakan professional memanglah hancur jawabnya.
Dengan baki kurang 40 hari sebelum menjelangnya Muktamar PAS Ke-59 bolehlah dianggap ini adalah perhitungan hari-hari terakhir Mat Sabu yang seandainya gagal dimanfaatkan untuk menukar arus penolakan ahli PAS terhadapnya, maka berakhirlah hayat politik Mat Sabu dalam PAS.--SUMBER
1 comment:
Mah tolong abang Mah...
Post a Comment