Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, October 07, 2013

GEMPAR:MELAYU KUAT MENIPU!!!


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebelum ini meluahkan rasa kekesalannya ekoran perangai ahli-ahli PAS semakin hari semakin buruk.

Buruk dari segi suka mengata dan mengkeji pemimpin-pemimpin PAS sendiri secara terang melalui media sosial dan laman sesawang lain.

Baru-baru ini juga, Mat Sabu meluahkan satu lagi kekesalan yang lebih memberikan penekanan terhadap orang Melayu di Malaysia ketika mengadakan ceramah PAS, dekat Pusat Tarbiyah PAS Rantau Panjang.

Beliau menyatakan pelik dengan bangsa Melayu yang mudah ditipu dan tidak kisah ditipu oleh sesiapa pun.

‘Saya pelik dengan sebilangan bangsa Melayu, kerana mereka tidak kisah ditipu.’

mat sabu

Tambah Mat Sabu lagi, tidak ada bangsa lain di dunia ini, kecuali Melayu, walaupun acap kali ditipu, namun tetap memberi sokongan padu kepada pemimpin mereka.

Kenyataan beliau ini menjurus kepada kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak kerana semakin hari semakin meningkat sokongan dari rakyat yang Najib terima.

Sejak kebelakangan ini, kerap bagi Mat Sabu untuk mudah mengkritik pelbagai pihak tanpa melihat dirinya terlebih dahulu.

Kalau sekarang ini Mat Sabu meluahkan rasa pelik dengan bangsa Melayu yang mudah ditipu banyak kali, beliau sepatutnya melihat pula dari sudut yang dirinya juga adalah orang Melayu. Tetapi sebagai seorang yang kuat menipu.

Sejak dahulu lagi, panyak penipuan yang dibuat oleh Mat Sabu kepada rakyat Malaysia khususnya pengikut PAS sendiri.

Memandangkan PAS adalah salah satu parti yang bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, rasanya terlalu banyak penipuan telah dilakukan yang tidak cukup kertas untuk ditulis.

Paling mudah untuk melihat penipuan Mat Sabu adalah tentang pendiriannya dalam Islam di mana beliau lebih menjurus ke arah fahaman Syiah.

Itu pun ada lagi pengikut PAS dan sesiapa sahaja yang masih mahu percayakan kepada dirinya.

Jadi, apabila Mat Sabu menyatakan beliau pelik ada sebilangan orang Melayu di Malaysia yang masih percayakan kepada kerajaan Malaysia, itu sebenarnya tidak pelik kerana keberhasilan kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika ini memang benar-benar tidak menipu dalam mentadbir dan membangunkan negara ini.

Yang seharusnya di’pelik’kan adalah kenapa masih lagi ramai orang Melayu lebih-lebih lagi umat Islam yang masih lagi mengikut telunjuk Mat Sabu walaupun setiap percakapan dan janjinya adalah tipu semata-mata.

Justeru, dalam kenyataan Mat Sabu itu, beliau sebenarnya menunjukkan orang Melayu seperti bodoh kerana masih lagi mempercayai dirinya walaupun sudah ditipu dan mungkin juga, Mat Sabu berterima kasih kerana orang Melayu masih lagi menerima dirinya sebagai pemimpin.

Hakikatnya, Mat Sabulah orang Melayu yang kuat menipu. Sebab itu orang bawahannya tidak kisah ditipu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa