Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, October 21, 2013

ALHAMDULILAH:MASIH ADA JUGA PEMIMPIN PAS ANUTI ISLAM YANG TULEN!!!


Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam.

Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain.


"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya.

Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.


Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan, penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.

Pada hemat beliau, penggunaannya memberi kesan terhadap kesucian agama Islam yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram.

Mengulas lanjut mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu semalam, Harun menjelaskan, perkara berkaitan kalimah Allah sememangnya perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam dan keputusan mahkamah itu mesti disokong dan dihormati.

"Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain," ujarnya

3 comments:

Anonymous said...

Pelik bin ajaib!

Pertama, apakah perkataan ALLAH itu dianggap memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam? Sebut nama ALLAH pun dikira memudharatkan keselamatan dan ketenteraman awam?

Kedua, yang terlebih pelik, pengharaman penggunaan perkataan ALLAH hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah Herald. Versi majalah tersebut di dalam bahasa lain boleh menggunakan perkataan ALLAH, dan bible Al-Kitab pun boleh. Apa kata para pejuang kalimah ALLAH sekalian? Okaykah macamtu

http://greenboc.blogspot.com/2013/10/1-kalimah-2-undang-undang-al-kitab.html

Anonymous said...

Percaya lah hari hari harun taib, haron din dan nasaruddin dan seangkatan denganya yang menyokong kalimah islam menunggu masa untuk dikobankan...puak puak anwar pluralisme dan mat sabu syiah akan pastikan golongan ini berkubur...dana yahudi zionis dan syiah akan mengalir masuk dalam poket perwakilan....tunggu nasib ulama ini....akan muncul puak yang mrngaku ulamak demokrat morden dalam pas yang menyokong pluralisme dan syiah...serta lgbt....hancur pas..hancur pas... kenapa allah masih tidak mengizinkan penyatuan umno dan pas...ada hikmah yng besar napa allah tidak mengizinkan perkara ini berlaku....fikir dan renungkan....

usin said...

anon 3:56 pm.
ko dah baca habis teks penghakiman tersebut? bila masa pulak dalam penghakiman tersebut menyatakan bahawa sebut nama ALLAH (verbal)akan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam? bukan sebutan la dol. secara ringkasnya apa yg perlu difaham dalam penghakiman tersebut ialah the herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa melayu untuk edaran semenanjung tanah melayu kerana ia berpotensi memesongkan aqidah umat Islam yg dilindungi oleh perlembagaan daripada didakyah kepada agama lain. (lihat juga perlembagaan malaysia). penghakiman ini tidak terpakai di sabah & sarawak. bagaimanakah cara Allah digunakan dalam penerbitan the herald. adakah Allah itu dinyatakan sebagai Esa atau triniti? tolong jawab. adakah ko rela kalimah Allah itu dicacavmarbakan sesuka hati? pemikiran agama jika sering diselaraskan dengan jiwa politik, akhirnya akan membawa kepada kerosakan kerana seni politik ialah mencari pengaruh, mencari sokongan dan mencari populariti. selain jadi pengikut setia greenboc yg karat hijau tetapi berdaki hitam itu, cuba-cubalah berfikir di luar kotak agar terhindar dari lingkungan bengap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa