Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 06, 2013

WAJIB TAHU:PEMBANGKANG KERJA KUAT UNTUK JAHANAMKAN ISLAM DI MALAYSIA


Kerakusan pihak pembangkang untuk menukar agama Islam sebagai agama rasmi  negara akhirnya membawa padah. Pihak pembangkang cuba untuk menguji kesabaran dan ketulenan  umat Islam Negara dengan mencabar dan menghina kesucian Islam dalam berbagai cara.

Mereka cukup kecewa kerana di dalam Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Namun keberanian mereka untuk menghina dan mencabar kesucian Islam ini telah didorong oleh sokongan dan kepatuhan walaupun secara terpaksa oleh PAS dan PKR.

Di dalam beberapa insiden yang melibatkan maruah Islam, mereka dapat melihat bahawa PAS dan PKR telah tunduk dan akur akan kehendak mereka. Maka dengan itu mereka telah memperolehi keberanian untuk lebih berani lagi dalam mencabar Islam.

Tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah Kristian di kalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03 Ogos 20011 lepas mendapat tentang yang cukup hebat daripada pihak PAS.  

Sikap PAS yang sanggup memperdagangkan Islam  ini telah membongkar penipuan mereka selama ini yang KONONnya menjaga maruah Islam. Dalam insiden ini Datuk Hassan Ali yang mengetuai operasi ini bukan sahaja dipecat dari tugas malahan dibuang dari parti PAS.


Dalam isu Kalimah Allah yang merupakan antara faktor utama dalam membentuk hati umat Islam ke arah akidah yang benar, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama PAS. 

Kalimah Allah telah dituntut untuk digunakan oleh pihak Kristian yang memegang kepada prinsip tuhan itu tiga iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dipersetujui  PKR dan PAS  dengan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. 

PAS dan PKR telah tunduk samada rela atau paksa dalam isu menghina  maruah Islam. Maka ini merupakan titik tolak sebagai kayu pengukur Islam di mata pihak pembangkang.

Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan  telah dirobohkan. 

Apabila rakyat bersuara maka pihak pembangkang buka mata akan sensitiviti agama Islam dalam Negara.

Ajakan berbuka puasa dengan hidangan babi oleh pasangan Vivian dan Alvin juga telah membangkitkan kemarahan umat Islam. Kita harus sedar bahawa mereka sedang menguji umat Islam untuk mereka bertindak lebih berani lagi mengubah perlembagaan Negara menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Maka kuasa yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja Melayu akan diperlekehkan secara tersusun bagi membolehkan agenda mereka terlaksana . 

Raja-Raja Melayu yang menjaga kesinambungan Ketuanan Melayu dan agama Islam  perlu dihapuskan kerana mereka ini yang menghalang agenda besar kaum cina.

1 comment:

Anonymous said...

Barat Borek, Suku-Sakat pun berbintik-bintek dar!

KALAU DI Iraq puak-puak ini sanggup berbohong akan keujudan senjata pemusnah besar-besaran untuk dijadikan justifikasi dalam meranapkan negara Arab, makanya macam-macam boleh dilakukan oleh golongan lokal yang jadi talibarut Barat ini untuk meranapkan Tanah Melayu/Tanah Mukmin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa