KUALA LUMPUR, 6 Sept. – Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bersidang pada 30 Ogos 2013 telah memutuskan pindaan tarikh dan tempat pendaftaran calon yang ingin bertanding pada pemilihan parti. Pindaan tersebut melibatkan pendaftaraan calon untuk semua jawatan parti yang akan berlangsung serentak pada 21 September 2013, Sabtu.
Pindaan terbabit adalah sepeti berikut:
1. TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT JAWATANKUASA BAHAGIAN DAN PERGERAKAN WANITA, PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN
1.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Jawatankuasa Bahagian adalah pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian mulai 14 September 2013.
1.2 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Bahagian adalah pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian mulai 14 September 2013.
2. TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO PERGERAKAN WANITA, EXCO PERGERAKAN PEMUDA DAN EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) adalah pada 21 September 2013 bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mulai 14 September 2013.
2.2 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia adalah pada 21 September 2013 bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mulai 14 September 2013.
Semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya. – MediaUMNO
Sent from my iPhone
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment