Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 05, 2013

HAPUSKAN SARANG PENYEBARAN IDEALOGI KOMUNIS SEKARANG!!!



Rakyat sudah sedar bahawa kewujudan sekolah vernakular Cina merupakan antara faktor yang menghancurkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.  Negara telah dikejutkan dengan sikap kurang ajar melampau anak muda Cina apabila berhadapan dengan isu nilai murni  kenegaraan baru-baru ini.

Setelah memaparkan aksi menterbalikkan bendera Malaysia penyokong-penyokong cina yang terdiri dari anak-anak muda belasan tahun  beraksi lagi dengan posing terbaru yang menunjukkan tanda tidak bagus terhadap bendera Malaysia. 

Ini merupakan produk sekolah vernakular Cina. Kerajaan wajib sedar akan hakikat ini.  Mereka harus bertindak dengan lebih agresif dan tegas terhadap tindak-tanduk produk sekolah vernakular Cina ini.


Kerajaan jangan lupa bahawa Pilihanraya Umum ke 13 telah membuktikan bahawa kaum cina semakin bersatu untuk merampas kuasa politik orang melayu.  

PRU13 juga mendedahkan bahawa bangsa melayu semakin berpecah dan menuju kehancuran akibat dari ketidak sefahaman yang tercetus dari kerakusan kuasa politik melampau akibat terpedaya dengan sedikit janji manis yang palsu dari pakatan pembangkang.

Sebenarnya rakyat sudah muak dengan sikap angkuh kaum Cina yang tanpa henti cuba mengugut kerajaan manakala kerajaan pula sedaya upaya cuba memenuhi tuntutan mereka yang cukup tidak munasabah. 

Maka baru-baru ini  Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah membuat  resolusinya memberi peringatan kepada kerajaan agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu.

Kerajaan harus peka akan kepentingan rakyat yang benar-benar menyokong mereka iaitu kaum Melayu. Jangan sesekali meminggirkan kaum Melayu yang setia menyokong kerajaan demi meraih sokongan dari kaum Cina yang telah menyatakan pendirian untuk merampas kuasa dari tangan kaum Melayu walaupun perlembagaan telah menyatakan dengan terang akan “Ketuanan Melayu” , Islam agama rasmi dan  bahasa Malaysia bahasa rasmi.

Kerajaan  perlu tegas  berhenti melayan tuntutan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta perundangan berkaitan. Rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan memohon  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pendidikan supaya bersikap tegas dengan mewujudkan sistem pendidikan tunggal di negara ini. 

Ini adalah kerana sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan serta tpdak menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama telah memusnahkan  jati diri dan perpaduan kebangsaan.

Tindakan dari segolongan kaum yang cuba memporak-perandakan perpaduan nasional dan keutuhan Perlembagaan Persekutuan harus dibendung secara tegas dan berterusan. 

Ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peruntukan perundangan dan dasar negara. Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. 

Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Akta Pendidikan 1996)

Usaha berterusan  kerajaan dalam membina negara bangsa yang bersatu padu dengan memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan satu kurikulum serta menganjurkan peperiksaan dalam bahasa Melayu di samping memberi pelajar-pelajar peluang mempelajari bahasa-bahasa asing amatlah disokong.

Rakyat Malaysia juga memohon agar  kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) yang bersikap anti-nasional dengan mempersoal niat baik kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam semua sistem pendidikan Malaysia.

4 comments:

Anonymous said...

Sebarang Usaha untuk membawa balik Chin Peng perlu ditentang habis habisan....perlu di ceritakan secara meluas pada anak anak muda kita Siapa Chin Peng sebenar nya...kita belum terlambat !

~~ Veteran Komando ~~~

ahjib said...

Kerajaan ah jib gor berani ke bertindak?Najib sendiri yg menggalakkan sekolah2 vernakular ini bila dia sendiri yg menghapuskan kuasa menteri terhadap sekolah2 perkauman ini semasa dia jadi menteri pelajaran dulu.

hangkedee said...

ALJUBURI pernah berperang dalam hutan menentang komunis? Begitu mudah sekali petualang bangsa ini menjual maruah.Apa kata anak cucu cicit pejuang pejuang menentang komunis yang kehilangan nyawa dsbnya.Darah pelukan di bayar darah.Nah ini lah watak BUANG sebenar dalam filem Sargent Hassan.Ayoh kita tentang habis habisan.

Anonymous said...

Sila ambil teladan dari program "brain wash" negara era komunis (bahkan sampai sekarang pun masih ada) di mana dari sekolah rendah kanak-kanak sekolah diajar mengagong-agong dan di"jolok" cerita-cerita dogeng kehebatan pemimpin negara mereka. Contoh seperti Moa Tze Tung dari komunis China dan Korea Utara. Tidak dinafikan suasana sekolah SJKC jurus kepada "indoktrinasi" mengagongkan kaum cina. Ini lah factor utama kepada polar perkauman. Sementara kaum lain bersekolah aliran nasional dan bercampur antara kaum-kaum lain, ada pulak satu kaum memilih untuk mengasing anak-anak mereka dari satu environment reality majmuk dengan memasuki sekolah khusus untuk satu kaum dan satu bahasa. Akhirnya anak-anak ini akan berhadapan dengan masalah social apabila masuk main-stream kehidupan bercampur dengan kaum lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa