KUALA LUMPUR 16 Sept. - Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.
Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.
Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, hari ini.
Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.
"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.
Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.
Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.
Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong.
Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?
"Ramai orang ada di sana...Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen.--SUMBER
1 comment:
Sejak Tanah Melayu dijajah, Portugis dan Belanda gagal melemahkan kerajaan melayu. Serangan demi serangan balas dilakukan oleh Raja Melayu dan tentera negeri negeri melayu bersama sukarelawan. Penjajah melihat bahawa orang melayu tidak mahu mengalah. Agenda Crusaders mahu mengekspot Kristianisasi dan menjajah seluruh tanah melayu gagal dan tidak semudah itu. Apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British setelah perjanjian Belanda -British maka pihak British yang telah mempelajari serta mengkaji kekuatan dan kelemahan orang melayu mendapati mustahil British boleh menguasai bumi melayu ini secara bersendirian kerana dua kuasa Crusaders telah gagal sebelumnya.
Agenda yang paling licik dan berkesan dilakukan oleh British ialah mengimpot gerakan gerakan yang boleh melemahkan orang melayu islam. Maka Nam Tien adalah gerakan yang boleh digunakan untuk memenuhi agenda British ini. Rekod kejayaan Nam Tien yang dilakukan oleh orang cina Dai-Viet merampas dan menguasai tanah milik orang melayu Champa pada 1724 sehingga hilang seluruh bumi melayu Champa (yang kini dinamakan Vietnam bermaksud tanah orang Viet) menjadi sebab kuat untuk British membawa ramai orang cina ke tanah melayu. Ditambah pula kedatangan orang cina ke tanah melayu tidak akan disangka buruk oleh orang-orang melayu. Orang cina yang diimpot ini dilakukan menggunakan gerakan kongsi gelap atau gerakan mafia cina yang bersifat gerakan bawah tanah. Maka bermulalah rancangan “komplot bersama“ (Joint Venture) jahat British dan orang cina dengan membiarkan gerakan kongsi gelap menguasai ekonomi dan merampas tanah orang melayu secara kekerasan dan pembunuhan senyap. British berkongsi hasil kekayaan dengan ketua kongsi-kongsi gelap hasil daripada pembunuhan senyap dan rampasan tanah lombong bijih timah dan emas milik orang melayu. Gerakan komunis dan kongsi gelap yang sebenarnya dibiarkan subur oleh British berterusan sehingga sebelum dan selepas merdeka malah masih subur pada zaman moden ini menerusi parti politik, NGO-NGO dan gangsterisme. Kesimpulannya Gerakan Komunis, NGO-NGO dan parti politik cina kiasu adalah sebahagian daripada gerakan Nam Tien (Menjajah ke Selatan) ini.
Malangnya penentangan raja-raja melayu dan orang-orang melayu menghala hanya kepada British tetapi melupakan tali barut dan api dalam sekam iaitu orang-orang cina yang berkomplot dengan British. Sekiranya kita menyangka orang cina tiada kena mengena dengan rancangan menjajah tanah melayu atau tidak berminat untuk berkuasa dan menyingkirkan kuasa melayu maka kita silap! Bacalah sejarah penjajahan bumi Champa oleh orang Dai-Viet serta penjajahan bumi melayu Patani oleh orang cina Thai. Pada tahun 1724 maka sempurnalah penaklukan bumi Champa secara total. Manakala pemimpin cina Thai pula bersekongkol dengan pihak British untuk menjajah bumi Patani tanpa pengetahuan raja-raja melayu.
Jom kita sama-sama TENGOK YOUTUBE ini! sertai Simposium Ancaman ini! Sebarkan!
http://www.youtube.com/watch?v=HJbRTg3PmHs
Post a Comment