ZAL- AZRI Abdul Somad adalah anggota polis berpangkat Koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Berasal dari Pulau Pinang, beliau baru berusia 31 tahun dan telah 15 tahun berkhidmat dalam pasukan.
Pagi tadi, beliau bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian berkenaan ditugaskan untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng.
Serbuan ke kawasan kilang dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.
Mereka berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun.
Bagaimanapun kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek cuba melarikan diri.
Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlakulah pergelutan, namun dalam kekalutan tersebut, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan sebiji batu.
Suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, bagaimanapun berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini.
Takdir telah menentukan…Zal-Azri menghembuskan nafasnya yang terakhir kesan daripada kecederaan yang dialaminya, meninggalkan seorang balu dan dua anak yang masih kecil.
Dan sehingga artikel ini ditulis, belum nampak sebarang tanda-tanda ‘suara’ pembelaan, mahupun takziah keluar dari mulut wakil rakyat pembangkang terutama peguam-peguam PKR yang selama ini cukup ‘nyaring’ bila ada penjenayah yang ditembak mati.
TERUS BACA >>>DI SINI<<<
1 comment:
YB2 dan peguam2 pembangkang nie kebanyakannya berhati CELAKA DAN SIAL. Hiduplah anda (PR) semua dgn kekayaan dan kemewahan dari hasil2 haram didunia. Insyaallah hasil2 inilah nanti yg akan menjadi bahan bakar diakhirat nanti.
Post a Comment