TAHUN sudah, bila budak-budak pembangkang mula mengibarkan bendera baru untuk menggantikan bendera Malaysia sekarang, tua-tua pembangkang kata ”Kita bukan nak ganti bendera, tapi ganti kerajaan”.
Malu pulak nak mengaku.
Bila bekas ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan kata dia enggan kibarkan bendera Malaysia sebab serupa macam bendera USA, tua-tua pembangkang pun mula pakat-pakat jauh diri.
Apatah lagi bila isu itu tu disebarkan secara meluas dalam Internet, ramai yang pakat-pakat kutuk Manoharan sebab tak patriotik dan sebagainya, tidak ada seorang pun yang mahu dilihat ada kaitan dengan Manoharan. Malah DAP ambil tindakan gantung Manoharan selama 6 bulan sebelum dikurangkan kepada sebulan selepas rayuan.
Semua ini menunjukkan pembangkang memang taknak tukar bendera dan hanya nak tukar kerajaan
Tapi bila aktivis pembangkang seperti Hishamudin Rais, Samad Said, Adam Adli dan kambing-kambing yang lain secara rasmi mula mengibarkan bendera yang pernah dicadangkan puak-puak pro komunis dulu, apa agaknya kata Anwar Ibrahim sekarang?
Lebih aneh mengapa bendera mereka ini hampir sama dengan bendera negara China? Apakah ia didalangi oleh DAP?
Kalau dulu budak-budak entah mana datang kibar bendera itu, memang senanglah nak nafi sebarang kaitan, tapi sekarang aktivis yang rapat dengan Anwar sendiri pun buat begitu, apa agaknya perasaan?
Sebelum inipun Menteri Besar Selangor si Gagap dah sebut, pembangkang nak ubah sejarah Malaysia yang kononnya dah diubah suai oleh UMNO.
Silap-silap selepas kajian semula pembangkang, Kota A Farmosa bukan dibuat oleh Portugis tapi oleh salah satu kerajaan dari India, Pakatan Rakyat sebenarnya dah wujud tahun 1940 (lebih awal dari UMNO dan Perikatan) dan masa itu diketuai moyang Anwar Ibrahim (juga dari India).
Ini bukan mustahil, komunis jangan cakaplah, silap-silap Chin Peng pun dapat PGB dan SP nanti!!
Tukar bendera ini bukan perkara kecil. Bendera ni kalau dalam perang di panggil panji-panji. Dulu-dulu kalau nak tahu pasukan mana kalah pertempuran, tengok panji siapa yang jatuh dulu. Amerika masa nak buktikan sudah tawan Iwo Jima dari Jepun dan mendarat di bulan, ialah dengan mencacakkan bendera negaranya.
Baru-baru ini ada rakyat Malaysia berketurunan cina didenda beratus juta rupiah kerana menghina bendera Indonesia.
Jadi bendera penting, bukan boleh main tukar-tukar atau dihina begitu saja, maruah kita sebagai rakyat Malaysia tu. Kalau nak tukar, kena tanya 2/3 rakyat negara ini dulu, setuju atau tidak. Tak dibuat begitu nanti, asal tukar kerajaan, tukar bendera, asal tukar kerajaan, tukar sejarah.
Maka itulah penulis suka nak mencadangkan kepada kerajaan supaya mewartakan undang-undang yang lebih keras untuk penghina bendera negara kita. Siapa pun dia, sasterawan negara ke atau tidaknya, tindakan keras wajar diambil, sampai ke satu tahap kerakyatannya boleh dibuang.
Sekarang ini undang-undang berkaitan bendera penulis tak tahu diam dimana, dengar-dengar bawah undang-undang kecil yang mana kalau disabit kesalahan pun mungkin setakat denda yang tak berapa. Kecik sangat tu, kita nak tindakan serius.
No comments:
Post a Comment