Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, May 12, 2013

WAJIB BACA:ANWAR IBRAHIM GUNA TENTERA KOMUNIS UNTUK BUAT HURU HARA




945428_254373314707704_856809673_n

Oleh Zul Rawi

Kecoh di ruang siber kononnya berlaku blackout di kawasan Parlimen Bentong semasa pengiraan undi pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung Ahad lepas. Kononnya, pada malam pengiraan undi, pada mulanya Wong Tack dari DAP telah mendahului calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Liow Tiong Lai, tetapi setelah pengiraan semula dibuat, Liow menang dengan majoriti undi sebanyak 300.

Kerana tidak puas hati, pada malam itu juga, tersebar secara meluas di laman sosial, antaranya Facebook dan Twitter bahawa semasa pengiraan semula telah berlaku blackout di pusat pengiraan undi tersebut.

Seorang wanita yang mengakui Ejen Tempat Undi (polling agent) di Bentong menulis di akaun Facebooknya bahawa berlakunya blackout, dan statusnya itu telah dikongsi ramai dan tersebar menyebabkan ramai pihak percaya memang berlakunya blackout.

Hakikat pertama ialah tiada kiraan semula di pusat perjumlahan undi. Semua kiraan semula hanya akan dilakukan di tempat pengundian. Selepas borang 14 disahkan oleh kedua-dua ejen tiada lagi kiraan undi semula di tempat perjumlahan undi.

Hakikat kedua,  pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan selepas itu bahawa tiada kejadian blackout berlaku. Sesetengah pihak juga berkata pihak pembangkang yang berada di tempat kejadian tidak mengiyakan berlakunya blackout.

Hakikat ketiga, wakil rakyat DAP sendiri menafikan ia berlaku.

Boleh dikatakan blackout Bentong telah dirancang dengan rapi. Ini adalah kerana pada malam itu juga, terdapat video parodi Blackout Bentong yang dimuatnaik ke YouTube. Melihat pada perbezaan waktu, video tersebut dikatakan dimuatnaik sekitar jam 1.30 pagi 6 Mei, hanya beberapa jam selepas keputusan rasmi diumumkan.

Video tersebut telah dirakam dan disunting dengan professional dan bukannya dibuat sekadar menggunakan telefon bimbit, maka tidak mungkin video itu dibuat selepas pengiraan undi dan dimuat naik pada malam yang sama.

Dalam hanya beberapa hari, video tersebut telah ditonton lebih dari 500,000 kali di YouTube. Jika dilihat balik, dipercayai pada malam tersebut, petugas-petugas DAP di pusat pengiraan undi di Bentong telah bersedia dengan lampu suluh. Taktik seterusnya adalah menyebarkan khabar angin di laman sosial bahawa berlakunya blackout.

Pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini mengambil kesempatan dengan kelemahan majoriti pengguna laman sosial yang gemar berkongsi tanpa membuat sebarang pengesahan terlebih dahulu.

Perancangan mereka sepatutnya menemui kegagalan jika rakyat Malaysia tidak begitu mudah percaya dengan khabar angin. Namun pada masa kini, rakyat mempunyai perasaan marah yang sangat mendalam terhadap media arus perdana, lalu mengalih pandangan mereka ke laman sosial dan terus mempercayai sebarang kontroversi bulat-bulat tanpa perlu pengesahan.

Pada pandangan rakyat seperti ini, mereka merasakan sebarang kontroversi yang tersebar di laman sosial adalah betul kerana berita seperti itu tidak akan dilaporkan di media arus perdana.

Sepatutnya, pengguna laman sosial perlu lebih berhati-hati dan tidak membenarkan pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya dapat memenangkan agenda mereka menggunakan taktik kotor.

Taktik penyebaran fitnah bahawa berlakunya blackout di Bentong memberi kelebihan pada pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terlibat dengan penipuan PRU.

Rakyat Malaysia harus berfikir, pihak tidak bertanggungjawab akan sentiasa cuba menyebarkan pelbagai fitnah. Namun fitnah akan mati jika tiada siapa membantu menyebarkannya.

1 comment:

Terbey said...

Salah satu agenda yang dah memang dirancang bagi mengulingkan UMNO/BN.

PR mendapat sokongan daripada yahudi
UMNO/BN mendapat sokongan dari Allah SWT.

Selanjutnya Baca disini:http://terbey-lastik.blogspot.com/

Kalau setakat blog2 pro BN nak lawan dengan blog pembangkang memang tak menang, pakar2 perancangan yahudi adalah dalang dibelakang mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa