Seperti ada yang masih dipendamkan, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya sekali lagi melepaskan kemarahannya. Sekiranya sebelum ‘amukan’ lebih tertumpu kepada Wan Azizih selaku Presiden parti, kini bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali turut menerima yang sama apabila mengkritik Azmin secara terbuka melalui laman sosialnya.
Syed Husin melalui twitternya semalam mengkritik Azmin yang dikatakan telah tersilap langkah kerana mengunakan media untuk membuka pekung dalaman parti.
“Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta knyataannya menjejas kewibawaan dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah Umno menari gembira” tegasnya.
Mungkin kerana berang dengan tindakan Syed Husin itu, Azmin akhirnya membidas kembali dengan mengatakan Ahli Dewan Negara itu tahu situasi sebenar yang sedang berlaku. Menurut Azmin lagi, bekas Presiden PRM itu pernah menyerang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim apabila kaum kerabat dan saudara maranya dipinggirkan suatu ketika dahulu.
“Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih” bidas Azmin melalui akaun rasmi twitternya.
Ahli Parlimen Gombak itu turut meminta agar Syed Husin berhenti dari terus berpura-pura, kerana dikatakan ‘double standard’.
“Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!” bidas Azmin lagi.
Bagi menarik simpati para pencacai PKR yang dikatakan tidak senang dengan tindakan Azmin itu, dia dilihat cuba mengunakan Anwar yang dikatakan menyokong tindakannya. Ini kerana umum mengetahui pengaruh Azmin di dalam PKR hanya kepada para pimpinan cabang semata-mata berbanding Azizah yang mendapat dokongan penuh dari para pencacai yang masih terkesan dengan pengaruh simpati terhadapnya.
Merujuk kepada kenyataan Anwar yang diminta mengulas mengenai isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu, dia dilihat cuba bermain politik dengan menyokong tindakan Azmin yang ‘menyerang’ isterinya. Sedangkan sebelum ini dia telah akur dengan kehendak Azizah untuk memilih Khalid sebagai calon MB di Selangor.
“Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya … bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, kemuka nama lain, nak teruskan?” kata Anwar semalam.
Pergelutan jawatan tersebut telah mencetuskan “perang” di dalam PKR apabila Azmin secara terbuka menuduh parti itu mengamalkan “nepotisma”. Menurut Azmin, proses memilih Khalid telah dilakukan tanpa melalui proses rundingan.
Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan Azizah yang membelakangkan keputusan parti, Azmin yang turut bersaing untuk jawatan tersebut telah mengugut akan meninggalkan PKR bersama beberapa orang ahli parlimen PKR yang menyokongnya.
Kesimpulannya, parti ‘anak-beranak’ ini sedang berada di ambang perpecahan dan sekiranya gagal ditanggani, Anwar bakal menyaksikan parti yang mengunakan simbol ‘mata lebam’ ini runtuh dan hilangan sokongan rakyat. Masakan tidak, satu puak diketui oleh isteri tercinta manakala satu lagi puak diketui oleh ‘anak emasnya’ dan masing-masing mempunyai kunci mengenai salah lakunya.
Sekiranya masing-masing bertindak mendedahkan apa yang mereka tahu kepada umum, bakal menyaksikan Anwar tersungkur rebah ditelan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
3 comments:
Gasaaak....! Berantakanlah kamu PKR....BN masih kukuh Putrajaya dapat dipertahankan walaupun dihianati oleh kaum Pendatang Cina.....Adaku Kisah.
Saudara,
PEDULIkanlah mereka mereka ni, don't waste time on them. Pergi Mamposlah dia orang ni semua.
NOW, highlights what can be done to help those areas won by BN. They the opposition has started campaigning for PRU 14!
hal ini sudah lama dijelaskan olh hadis2 rasul kita yg antara maksudnya lebih kurang begini:
"JANGAN KAMU INGAT ORG2 KAFIR (TIDAK BERIMAN) HIDUP DLM BERSATU PADU, SEBENARNYA MRK HIDUP DLM BERPECAH BELAH"
Post a Comment