SATU PENDEKATAN YANG BOLEH DITERIMA...
RUMAH MAHAL RAMAI MELAYU TAK BOLEH BELI...
BAIK BUAT RUMAH YANG MAMPU DIMILIKI..
LEBIH BANYAK LEBIH BAGUS...
KALAU BOLEH SEMUA BUAT UNTUK BUMIPUTERA..
SIAPA TAK SUKA...
BOLEH PERGI NEGERA YANG MEREKA SUKA...
JPX
MELAKA 22 Mei - Kerajaan negeri tidak akan lagi membina projek rumah mewah di negeri ini sebaliknya akan memberi tumpuan pada pembinaan rumah mampu milik mulai pertengahan tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, bagi tujuan tersebut kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Perumahan Mampu Milik bagi memastikan projek pembinaan rumah berkenaan berjalan lancar.
Melalui penubuhan majlis tersebut katanya, kerajaan negeri akan menentukan lokasi dan harga rumah yang sesuai bagi pembinaan rumah berkenaan.
''Tidak ada lagi projek rumah mewah akan dibina buat sementara waktu sebaliknya kerajaan negeri akan memberi fokus pada pembinaan rumah mampu milik," katanya.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan pejabat cawangan Satelit SPNB Melaka di Taman Limbongan Permai di sini semalam.
Yang turut hadir Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Ismail Othman; Exco Komunikasi, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Kamarul Rasdan Saleh.
Mengulas lanjut Idris berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan tidak akan lagi meluluskan sebarang permohonan bagi pembinaan rumah mewah selepas ini.
Bagaimanapun, katanya, bagi projek terbabit yang telah diluluskan sebelum ini, ia boleh diteruskan pembinaannya.
Mengulas lanjut, Idris berkata, rumah mampu milik yang akan dibina di negeri ini mesti memenuhi syarat dengan keluasan lebih daripada 1,000 kaki persegi selain mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Katanya, jika di Kuala Lumpur, harga rumah mampu milik adalah antara RM150,000 hingga RM250,000 atau lebih daripada itu, tetapi di Melaka harga yang dilihat bersesuaian dengan taraf hidup penduduknya ialah antara RM60,000 hingga RM120,000.
''Harga ini masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan kerana banyak perkara yang perlu dilihat dari segi lokasi, taraf ekonomi penduduk di kawasan terbabit dan kemampuan rakyat untuk membelinya," ujarnya.--UTUSAN
9 comments:
Langkah yg sangat baik...Allahuakbar!
Salam, sy rakyat negeri lain tp sangat menyokong dasar KM Melaka. teruskan usaha, smeoga Allah berkati.. kembalikan kedaulatan tanah air kita untuk bangsa dan agama..Aminn
Jangan lupa bina masjid disetiap kwsn perumahan tu, bior puak2 yg kuat sgt menentang tu diberi hidayah
wah... mampu milik sekitar rm60k-120k? murah2
Idea yang sangat baik...ramaikan orang Melayu di bandar dengan memudahkan pembelian rumah bagi orang Melayu.
Mohon Datuk KM baru membawa kembali intelektual Melayu di IPTA/s orang Melaka ke Melaka untuk sama-sama menyumbang idea dan membangunkan orang Melayu...
Langkah yg sangat baik & bijak. Bertuah betul org Melaka, ketua2 menterinya dr dulu hingga sekarang sangat peka kpd keperluan rakyat
Selama ini banyak tanah diberi pada tokey-tokey cina untuk dimajukan sebagai rumah mewah. Habis tanah rezab dan tanah kampung tergadai dibina rumah melebihi RM300,000. Yang membelinya puak-puak kiasu sedara mara dari Singapore.
Yang terlepas perlu ditebus...Allah dah balas 'siapa' yang buat silap dulu. Kini KM Melaka yang baru wajib kotakan janjinya bantu melayu-Islam!
Saya duduk di Bukit katil. Depan Taman Saujana ada satu taman baru sedang dibina lot-lot banglo bernilai RM1,000,000++. Ada diskaun bumi pun sekadar jari RM800,000. Kawasan tu dikelilingi oleh majoriti Melayu.
Saranan saya, PBT jangan benarkan orang asing memiliki hartanah tersebut. Sepatutnya hanya dibeli oleh warga Malaysia. Kedua, jangan luluskan sebarang pembinaan perumahan mewah di kawasan majoriti Melayu.
Tanah Hak Milik Kekal harus di tukar ke pajakan,supaya sesuatu tempat tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.kena ada kuota 60-40 @ 50-50 baru boleh menjadikan masyarakat majmuk.
Post a Comment