KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH), didakwa telah berhubung dengan tiga tokoh pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar awal tahun ini dan pada Julai 2012.
Tiga tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini didakwa terlibat dibalik tadbir dalam usaha mengaitkan hutang pinjaman tidak berbayar KFH dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau mendakwa isteri Perdana Menteri bakal mendapat RM26 bilion apabila keputusan pilihanraya umum yang bakal berlangsung akan memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), yang akan mendapat 123 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mendapat 99 kerusi.
Sebelum itu pada April 2011, ahli perniagaan ini pernah membuat kenyataan dalam media dan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jatuh dan tersingkir dari jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai 2011 mengikut pandangan guru agama beliau (Gurujee).
Ahli perniagaan ini didakwa mengenali Datin Seri Rosmah Mansor atas urusan perniagaan dalam urusniaga penjualan karpet sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau juga pernah mengaku mempunyai jalinan hubungan baik dengan kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang, keluarga diraja, syarikat-syarikat kerajaan (MNCs (multinational corporations), GLCs (government-linked companies)) dan beberapa institusi dalam projek penjualan dan membekalkan karpet.
KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada ahli perniagaan ini setelah mendapati berlaku unsur penipuan dan salahgunakuasa melibatkan salah seorang pegawai kanan bank tersebut, sewaktu meluluskan kemudahan pinjaman kepadanya.
Deepak Jaikishan didakwa telah mendapatkan bantuan dan telah berjumpa dengan tiga pemimpin PKR ini. Satu pertemuan sulit berlangsung di sebuah rumah, salah seorang rakan pemimpin utama PKR ini. Turut didakwa ahli perniagaan ini telah beberapa kali bertemu dengan salah seorang pemimpin utama PKR dalam membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Ahli perniagaan ini turut didakwa bersetuju untuk membaca dan menghafal skrip yang disediakan oleh salah seorang dari tiga pemimpin PKR ini berhubung dengan kes mahkamah yang masih berlangsung, untuk turut mengaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor. Difahamkan hakim menolak hujah ahli perniagaan ini untuk mengaitkan nama isteri Perdana Menteri atas dasar tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan kerana membabitkan kes pinjaman perniagaan dan bukannya kes mengenai politik.
Turut didakwa adalah pemimpin PKR ini berjaya mendapatkan satu wawancara eksklusif beliau dengan media tempatan sewaktu berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno ke-66, dalam usaha mengaitkan nama Perdana Menteri dan isteri dalam kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.-- KLPos
No comments:
Post a Comment