Akhirnya kebenaran itu
terungkai jua. Muktamar PAS menjadi tempat segala diluahkan.
Cita-cita besar dari parti
terkecil dalam Pakatan Pembangkang supaya pemimpin mereka diangkat menjadi
Perdana Menteri akhirnya didengarkan oleh perwakilan PAS melalui muktamar
mereka baru-baru ini.
Seperti yang kita semua
sedia maklum, Pakatan Pembangkang selama ini hanya mahu Anwar Ibrahim sebagai
Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam PRU13.
Kelantangan perwakilan PAS
bukan sahaja membuat membuktikan PAS sudah gila kuasa, tapi membuktikan satu
perkara yang lebih besar dari itu.
Ini membukti ada
pertelingkahan yang dasyat sedang berlaku di dalam kepimpinan Pakatan
Pembangkang. Wujud perebutan kuasa sesama mereka di dalam Pakatan.
Ini juga membukti bahawa
Pakatan Pembangkang masih belum bersedia untuk menghadapi PRU 13.
Mana tidaknya, jika calon
Perdana Menteri Kerajaan Pakatan pun masih belum berjaya diputuskan mana
mungkin mereka boleh duduk semeja berunding untuk berkongsi kuasa bila mereka
menang kelak.
Jadi, yang mana satu calon
Perdana Menteri Pakatan Pembangkang?
Anwar Ibrahim dah menjual
hikayat cerita seluruh dunia bahawa dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke
tujuh semenjak 16 September empat tahun lalu.
Hadi Awang pula dicalonkan
oleh PAS walaupun Hadi lah yang bertanggunggjawab di atas kehilangan Terengganu
setelah BN berjaya merampas negeri itu dari PAS dalam PRU yang lalu.
Muktamar PAS setuju seakan sebulat
suara bila seorang perwakilan dengan tegas mahu Hadi Awang, Presiden mereka
diangkat menjadi Perdana Menteri sekaligus membelakangkan Anwar Ibrahim yang
kemaruk benar akan jawatan tersebut.
Apakah perwakilan itu dalam
keadaan sedar ketika dia berucap atau sebaliknya??
Dari mana datangnya keberanian
PAS untuk menyatakan pendapat mereka itu??
Dan yang paling penting,
adakah perwakilan tersebut sedar kedudukan PAS di dalam Pakatan Pembangkang
hanyalah sekadar penumpang dan budak suruhan sahaja?
Perwakilan tersebut perlu
semak semula jumlah kerusi Parlimen yang ditandingi dan dimenangi oleh PAS.
Setelah semakan dibuat, buat
pula perbandingan dengan sekutu mereka iaitu PKR dan DAP.
Kalau ikut logik, mana
mungkin parti yang paling corot di dalam sesuatu kumpulan pemimpinnya diangkat
menjadi ketua. Ini logik yang paling asas dan paling mudah.
Apakah perwakilan PAS
tersebut terlalu naif dan rendah IQ untuk tahu serta faham perkara ini atau
memang orang PAS majoritinya begitu?
Bila cadangan Hadi Awang
sebagai Perdana Menteri ini timbul, ia juga membawa beberapa tanggapan yang
lain timbul sekali.
Cakap-cakap tentang orang
PAS yakin dan percaya Anwar adalah peliwat dan tidak layak untuk menjadi
Perdana Menteri semakin kuat kedengaran. Isu akhlak dan moral Anwar menjadi asas penolakan utama PAS kepada calon Perdana Menteri tersebut.
Orang PAS juga semakin sedar
hubungan baik antara Anwar dan Yahudi Lahnaktullah juga amat merbahaya kepada
Malaysia sekiranya Anwar diberikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.
PAS kini dilihat cuba
menyisihkan Anwar Ibrahim dalam perjalanan politik mereka di dalam Pakatan
Pembangkang walaupun PAS sekadar budak suruhan di dalam pakatan tersebut.
Mulut orang PAS lebih
besar dari minda mereka.
Mereka suka cakap benda yang
mereka tak mampu lakukan dan perkara yang memalukan diri mereka sendiri.
Setelah gagal menipu ahli
mereka melalui pendekatan Hudud, kini mereka canangkan Presiden PAS akan
menjadi Perdana Menteri.
Apa lagi selepas ini??
Mat Sabu jadi Angkawasan PAS
pertama ke bulan?
Adly Zahari sebagai Ketua
Menteri Melaka walaupun PAS tak pernah menang walaupun satu kerusi di Melaka??
Apa lagi cerita lawak yang
mungkin akan dihidangkan kepada ahli PAS supaya mereka terus mendapat sokongan
bagi meneruskan sisa hidup politik mereka agaknya..??
Anwar mendapat restu dari
DAP untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Hadi Awang hanya mendapat sorakan
dari perwakilan PAS sahaja bila cadangan dia sebagai Perdana Menteri
diperdengarkan.
Nampak tak perbezaannya?
Perlu ada persetujuaan dari
rakan pakatan terlebih dahulu.
Dan jika PAS tidak dapat persetujuan
dari rakan pakatan (yang tentu sahaja tidak akan setuju) adakah PAS akan terus
berada di dalam pakatan tersebut atau keluar membawa diri dalam perjuangan
mereka?
Pakatan Pembangkang kini di
ambang kemusnahan. Pendapat dan hasrat pemimpin mereka terntara terlalu beza.
Idea politik mereka adalah musuh utama mereka.
PAS cuba bertindak hero yang
haloba dalam keadaan diri mereka yang daif merempat di dalam Pakatan.
Jawatan Perdana Menteri
terlalu suci dan tinggi nilainya.
Mana mungkin mereka dari
parti yang rendah martabatnya dan hina pekertinya menduduki kerusi itu sekaligus
menjadi pemimpin Negara yang aman mulia ini.
PAS disarankan untuk
memperbanyakan doa supaya mereka segera sedar siapa diri dan apa taraf mereka di dalam
Pakatan Pembangkang!!!
JPX
9 comments:
orang pas memang tak tahu malu sebab tu perasan dapat jadi pm
sebenarnya puak ni tak tahu berpolitik...
"Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun PAS tak pernah menang walaupun satu kerusi di Melaka??"
Yang ni dah kira lawak tahap mega nih !
Huaahahahahaha....
Mereka-mereka yang masih bersama PAS dan menyokong PAS adalah mereka yang tolol, bahalol, bebal dan entah apa lagi. Walaupun bergelar ustaz,alim ulamak dan ustazah tetapi mereka masih buta hati dan perasaan. Tidak menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh kepimpinan PAS yang hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan parti dan sebagai alat untuk mendapatkan kesenangan didunia.
Bro, lu jgn macam2 dgn org pas ni. Nanti mereka doa lu KO baru tau
Percayalah bahawa pas tak lebih dari pencacai hina tak bergaji utk berkhidmat utk kepuasan nafsu yahudi dan komunis
Donia dah nak kiamat dah sbb tu pas dah berani bersuara nak jd pm
Nasihat sy PAS perlu lebih realistik di dalam hidup ni. Jgn terlalu berangan tinggi, takut nanti dah terlalu tinggi jauh tak hidup lagi. Kurangkan cakap2 yg bukan2 dan cakap2 yg tak mungkin jd kenyataan
aku cukup heran dgn org2 paspispus ni. dia ngat jd PM tu main2 agaknya. kebolehan apa ni hadi tu ada nak jadi pm..agaknya boleh tapi asyik tak tau la kot jawapannya nanti macam jijan tu
Post a Comment