MAKIN KUAT SAKIT SI TUA KUTUK NI...
DAH GILA KEMARUK KUASA...
ORANG LAIN DIBILANG KAFIR...
SUKA-SUKA HATI MAK BAPAK DIA JER...
APA DIA INGAT DIA PAKAI SONGKOK PUTIH...
DIA BOLEH SUKA-SUKA CAKAP ITU INI...
SI TUA NI NTAH-NTAH MENGAJI PUN TAK KHATAM...
SEBAB ITU CAKAP SERUPA YAHUDI MABUK...
SEMOGA SI TUA NI SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM MATI...
JPX
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.
“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.
Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.--AD
6 comments:
PAS = PARTI AJARAN SYIAH..
Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?
KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.
Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.
"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.
Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:
"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.
"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.
"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."
Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.
Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."
Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.
"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.
"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.
PAS DAH BAGI BOLA TANGGONG !!!
KEPADA PERWAKILAN UMNO YG.BAKAL BERSIDANG MINGGU DEPAN,PASTIKAN KITA RERAMAI BANGUN BERDOA 'YA ALLAH,KO SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DARI PAS..BERILAH MEREKA TAUFIK DAN HIDAYAH AGAR BERTAUBAT..KO BUKA LAH JALAN PERDAMAIAN DIHATI MEREKA AGAR UMAT ISLAM DI NEGARA INI DAPAT BERSATU'' AMIINNNN
P/S; API LAWAN AIR..pasti rakyat dapat melihat mana satu intan dan mana satu kaca.
gen2felda
Nik Aziz dah tua dahhhhhhhh. Rumah kata pergi, kubur kata mari....Nyawanya hampir dipenghujung jalan. Semakin banyak komen yang dibuatnya semakin banyak dosa dilakukannya.Renungkanlah.
Hang nak kata apa pun katalah, sementara lidah hang masih lembut. Nanti keras lidah tu, meleleh ayak liok, meleleh ayak mata, nyawa nak keluak pun susah baru hang tau langit tu tinggi ka rendah, ilmu hang tu lengkap ka tidak....nauzubillah.
Aku cakap dari pengalaman,adik beradik aku, member baik hang, mengaji sama hang di India bukan main punya susah nak mati sampai kami sekeluarga panik tapi syukurlah dia mati tak terjelir lidah! Subhanallah.
Wahai Ahlul PAS, seburuk orang yang kamu kata kafir dan murtad, tetapi ia masih bina sekolah agama rakyat, dan di sekolah agama rakyat itulah kamu berpusu2
berebut untuk hantar anak kamu untuk belajar untuk membentuk akhlak sebab kamu tak dapat membentuk akhlak anak kamu sendiri, seandainya tidak ada sekolah ini
maka ramailah anak2 kamu akan jadi dajjal akhir zaman. Yang kamu kata sesat itulah yang masih bina masjid dimana kita tengok setiap waktu dan hari jumaat
berpusu2 ahli mu datang berjemaah kerana cukup selesa menyembah tuhan mu, dan cukup selesa menggunakan mimbar untuk menyebar dakyah sesatmu, tanya lah diri
mu masjid mana yang kamu bina yang boleh orang yang kamu kata sesat untuk tumpang solat. Dia jugalah yang kamu kata murtad membina maktab tahfiz dan
memperjuangkan nasib anak2 mu yang mengajar dan tidak dibayar seada kelulusan yang ada. Jikalau, sesat dan murtad, janganlah kamu jejak sekolah, maktab,
surau, masjid dan apa sahaja yang dibina oleh mereka ni mulai dari sekarang. Ada Berani ka?
Post a Comment