Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 16, 2012

MESYUARAT BAR COUNCIL TIDAK SAH: PEGUAM MENIPU PEGUAM




KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada rakan-rakan wartawan yang hadir ke Sidang Media Khas ini.

Saya, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz, seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan beramal di Tetuan Azam Aziz & Co.

Majlis Peguam melalui Circular No 092/2012 bertarikh 4 hb Mei 2012 kepada semua Ahli Majlis Peguam dan Pelatih Dalam Kamar satu Notis EGM Malaysian Bar yang di adakan pada 11 hb Mei 2012 jam 3 petang bertempat di Sunway Putra Hotel KL.

Notis tersebut turut mengandungi Agenda EGM iaitu :-

1. “ To discuss the motion in relation to the events of and surrounding the public rally on 28 April 2012 organised by BERSIH 3.0, and matters in connection therewith, proposed by Lim Chee Wee (Chairman Bar Council) on behalf of the Bar Council dated 4 May 2012; and”

2. Any other matters.
Saya telah hadir ke lokasi EGM kira-kira jam 3.10 minit petang pada hari tersebut.

Saya telah beratur di kaunter pendaftaran dan apabila tiba giliran saya, urusetia bahagian pendaftaran telah bertanyakan nombor keahlian saya. Selepas beliau membuat semakan komputer dan mengesahkan nama saya, saya di minta menandatangani borang kehadiran dan terus di berikan pelekat sebagai pas masuk ke dalam dewan.

Saya memasuki dewan kira-kira jam 3.30 petang dan EGM baru hendak di mulakan.

Saya melihat dewan yang berkapasiti 1000 tempat duduk itu hampir penuh dan saya melihat ada tagging untuk kawasan tempat duduk bagi Peguam dan Pelatih Dalam Kamar.

Namun saya dan semua orang di dalam dewan kelihatan bebas untuk duduk di mana-mana berdasarkan perbezaan warna stiker yang di pakai oleh masing-masing. Saya sendiri duduk di barisan kerusi bertanda “Chambering Pupils” dan tiada sesiapa menghalang saya daripada duduk di situ. Begitu juga dengan Chambering Pupils yang saya lihat turut duduk di celah-celah peguam yang lain di barisan-barisan berhadapan dengan saya. Saya melihat Peguam akan memakai stiker bewarna Oren dan Pelatih dalam kamar memakai stiker bewarna biru dan saya juga melihat stiker bewarna kuning yang saya tidak pasti apa statusnya dan semuanya duduk bercampur-campur di merata-rata tempat.

Presiden Majlis Peguam ketika ingin memulakan EGM mengumumkan kehadiran melebihi 1000 orang dan menurut beliau korum telah mencukupi. Beliau juga bersenda apabila menyatakan bahawa kehadiran ke EGM ini jauh melebihi kehadiran ahli Bar Council ke AGM Tahunan Bar Council dan di sambut tepukan dan sorakan mereka yang hadir.

Kira-kira 30 minit saya duduk di dalam dewan tersebut, saya bangun menuju ke mikrofon untuk memohon izin bercakap.

Apabila keizinan di berikan, saya merujuk kembali kepada angka 1000 lebih ahli yang hadir seperti yang di umumkan oleh Presiden Majlis Peguam sebentar tadi . Saya menuntut agar beliau menyatakan secara spesifik daripada 1000 orang yang hadir itu berapa ramaikah antaranya merupakan Peguam dan Pelatih Dalam Kamar kerana saya melihat 3 warna stiker yang berbeza berselerakan duduk di dalam dewan. Saya mencadangkan agar kaedah pengiraan yang lebih telus dan professional di gunakan untuk mengesahkan korum.

Saya mempersoalkan sedemikian kerana saya ragu-ragu samada benar atau tidak korum 500 orang Peguam itu telah mencukupi kerana Pelatih Dalam Kamar tidak lagi di kira sebagai ahli Majlis Peguam dan mereka tidak layak mengundi.

Saya juga mempersoalkan tentang keabsahan identiti semua orang yang hadir ke EGM pada hari tersebut kerana ketika pendaftaran, Urusetia langsung tidak meminta apa-apa dokumen pengenalan diri dari saya dan hanya semata-mata percaya kepada sebutan nombor keahlian saya. Saya juga melihat semua yang mendaftar di kaunter pendaftaran dalam jarak dan selangmasa yang sama seperti saya juga tidak di minta mengemukakan apa-apa bukti dokumen pengenalan diri. Saya merasakan ramai “pengundi hantu” bakal mengundi dalam EGM Bar Council ini.

Saya juga mengesahkan beberapa orang wartawan dan orang awam telah menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai “Peguam” kerana beberapa orang daripada mereka telah menemui saya di luar dewan dan menyatakan sokongan mereka terhadap persoalan yang saya telah timbulkan dan apabila saya ingin bertukar-tukar namecard dengan mereka serta bertanya mereka dari firma yang mana, mereka tersenyum lalu menunjukkan id PRESS kepada saya yang di sembunyikan di dalam poket. Dan mereka memakai stiker berwarna Oren sama seperti “Peguam” yang lain.

Saya juga mempersoalkan tentang stiker yang di berikan kepada setiap “ahli” kerana tiada terdapat sebarang nombor siri atau ciri-ciri keselamatan tertentu bagi mengelakkan bilangan stiker di keluarkan melebihi jumlah kehadiran atau stiker tersebut boleh sewenang-wenangnya di berikan kepada sesiapa sahaja kerana langsung tiada identifikasi nombor siri dan identity pemakainya di adakan oleh sebuah badan yang di katakan professional seperti Bar Council.

Presiden Bar Council menjawab bahawa “Ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali AGM atau EGM Bar Council sejak sekian lama dan beliau menyindir saya dengan menyatakan saya perlu membiasakan diri dengan “tradisi” dalam Majlis Peguam seperti ini kerana beliau lebih lama menjadi ahli berbanding saya”.

Saya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau tersebut dan saya mengulangi kesangsian saya terhadap identity semua yang hadir di dalam dewan EGM dan seterusnya mewajarkan untuk saya mempercayai bahawa korum 500 orang Peguam itu tidak dapat di sahkan dan seterusnya saya meragui kesahan perjalanan EGM ini mengikut peruntukan seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum.

Walaupun saya berseorangan dan di sorak dengan pelbagai ajukan provokasi terhadap saya, saya tetap kekal berdiri mempertahankan pendirian saya. Sesungguhnya Kebebasan Bersuara saya seperti yang terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kelihatan tidak di hormati oleh majoriti “peguam” di dalam dewan EGM tersebut.

Apabila tiba waktu mengundi, saya melihat system yang di gunakan oleh sebuah badan yang kononnya professional ini tiada bezanya dengan kaedah pemilihan ketua darjah murid di sekolah rendah iaitu secara mengangkat tangan. Walaupun Presiden Majlis Peguam mengingatkan bahawa Pelatih Dalam Kamar tidak boleh mengundi, tetapi saya melihat dengan jelas mereka yang memakai stiker selain daripada warna oren turut mengangkat tangan. Hanya 6 orang di tugaskan untuk mengira tangan yang di angkat oleh melebihi 1000 orang dalam dewan tersebut.

Kemudian Presiden Majlis Peguam dengan bangganya mengumumkan bahawa seramai 1265 orang hadir ke EGM tersebut dan 939 orang mengundi bersetuju dengan usul manakala hanya 16 orang ahli yang tidak menyokong usul. Maka “rules of majority” terpakai.

Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pengendalian EGM sebuah badan yang di katakan Profesional dan berpengaruh seperti Bar Council ini terutamanya ketika Bar Council terlalu lantang mengkritik menuntut supaya pembersihan daftar pemilih SPR, mengkritik kesilapan menaip nombor kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih, menimbulkan keraguan terhadap beberapa nombor kad pengenalan pengundi yang bertindan, memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pengundian, menunjukkan perasaan anti terhadap kewujudan Pengundi Hantu dalam daftar pemilih menuntut SPR supaya bersikap Profesional dan berbagai lagi tuntutan Bar Council sebelum ini TETAPI MALANGNYA proses perjalanan EGM dan AGM Bar Council ini sendiri carca marba dan di penuhi pengundi hantu yang berlakon sebagai “Peguam”.

Jika mengendalikan EGM untuk jumlah 1000 orang pun kelihatan carcamarba, tidak sistematik, menyediakan banyak ruang untuk penipuan pengundian, ketiadaan satu system daftar pemilih untuk hanya 1000 orang peguampun gagal di lakukan oleh Majlis Peguam, bagaimana mereka boleh tanpa rasa malu mempertikaikan pihak lain yang terpaksa menguruskan daftar pemilih bagi berjuta orang pengundi dan melibatkan lokaliti pengundian di seluruh Negara yang di desaknya seharusnya sempurna sedangkan EGM Bar Council sendiri ramai pengundi hantu?

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ayam berkokok berderai-derai, ekor sendiri bergelumang tahi.

Kuman seberang lautan jelas nampak, gajah di depan mata tak nampak pulak.

Jika tinggal di rumah kaca, jangan membaling batu ke rumah kaca jiran sebelah.

Jangan bercakap soal kebersihan jika diri sendiri adalah pengotor.

Oleh itu, DEMI UNTUK MEMELIHARA INTEGRITI DAN PROFESIONALISME BADAN PEGUAM DARIPADA DI ROSAKKAN SECARA SEWENANG-WENANGNYA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU BERKEPENTINGAN TERTENTU DAN DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP SIKAP BERKECUALI DAN BERTINDAK MENGIKUT SALURAN PERUNDANGAN BERASASKAN PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, saya dengan ini memanggil Sidang Media Khas ini untuk memaklumkan bahawa SEBAGAI AHLI MAJLIS PEGUAM, SAYA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGGUNAKAN SALURAN PERUNDANGAN YANG SAH UNTUK MENGEMBALIKAN INTEGRITI MAJLIS PEGUAM.

Maka saya berhasrat untuk mengambil satu tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam yang antara lain permohonan saya kepada mahkamah nanti meliputi SATU PERMOHONAN DEKLARASI BAHAWA EGM BAR COUNCIL BERTARIKH 11 HB MEI 2012 SEBAGAI TIDAK SAH DAN TERBATAL.

Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah nanti untuk membuat sebarang keputusan dan perintah.

Sekian dan terima kasih.

Bertarikh : 12 hb Mei 2012


AZAM AZIZ & CO

9 comments:

Jeepers Creepers said...

peguam memang dilatih untuk menjadi penipu...penjenayahpun dibela sampai fakta diputarbelit..akhirnya penjenayah bebas ataupun hukuman diringankan..

n9_maskman72 said...

saya sbgai rakyat malasia yg menyanjung kedaulatan undang2...meyokong penuh tndakan penulis diatas bagi mengembalikan sikapn berkecuali badan peguam...kerana kebelakangan ini tindakan majlis peguam lebih menyebelahi pmbangkang dan bersikap berat sebelah .....
saya juga menyokong ianya dibawa ke mahkamah agar rakyat dapat mengetahui sikap majlis peguam yang sebenarnya....
syabas kepada penulis kerana berani mempertahankan kebenaran walaupun di kelilingi peguam2 yang tidak menyebelahi anda swaktu EGM tempohari....

Anonymous said...

Berani kerana benar yesss

Anonymous said...

padan muka. peguam selalu sangat menipu sekali sekala kena tipu apa salahnya

Anonymous said...

we need a new bar council definitely. Kita rakyat bolih ubah Bar Council sepertimana mereka ingat bolih ubah kerajaan. Kita buat demo aman mcm bersih juga lah di Bar Council. Apa macam. You want war, we give war.

Anonymous said...

Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz - way to go!
Beri pengajaran pada orang yang penakut kerana benar!

Dan juga pada orang-orang yang berani kerana salah yang menipu!

Anonymous said...

Dah jadi peguam semua orang terpelajar.buat masyuarat tak tau.tak sangka ya ajk mejlis peguam BODOOOO

Anonymous said...

kena gaya dah , tu baru nak nak tergelak.

Anonymous said...

kebenaran dan kebebasan bersuara, itu yang selalu dilaungkan, harap lebih ramai peguam menyuarakan kebenaran. Jd lah insan berintegriti dan bermaruah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa