AKU HARAP TAKDE YB YANG TERASA...
AKU HARAP TAKDE YB YANG NAK TERJUN LOTENG...
AKU HARAP TAKDE YB YANG NAK MINUM RACUN...
AKU HARAP TAKDE YB YANG NAK BOIKOT PARTI...
KALAU DAH TAK TERCALON TU REDHA JER...
PM MESTI PILIH YANG TERBAIK DAN YANG BOLEH MEMANG...
TOLONG REALISTIK DENGAN KEADAAN SEMASA...
ADA MASA PARTI PERLUKAN KITA DAN ADA MASA KITA PERLU BERIKAN LALUAN PADA YANG LEBIH BAIK DARIPADA KITA...
APAPUN...
AKU YAKIN SEMUA YB BN MELAKA STEADY JER...
JPX
MELAKA 15 Mei – Barisan Nasional (BN) Melaka menyenaraikan 30 peratus muka baru untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perkara itu adalah amalan lazim BN Melaka pada pilihan raya umum.
Senarai nama calon terbabit telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk diperhalusi, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Panasonic Industrial Devices Semiconductor (M) Sdn BHd, di Batu Berendam, di sini hari ini.
Mengulas mengenai tindakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti terbabit selepas dikecam pemimpin DAP susulan kenyataannya berhubung perhimpunan pada 28 April lepas, beliau berkata itu adalah tindakan wajar.
Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata kerajaan Melaka akan menggunakan teknologi solar bagi menjana elektrik di beberapa bangunan kerajaan seperti yang dilakukan pihak Panasonic.
Beliau berkata sebagai permulaan, pihaknya akan mengaplikasi teknologi itu di bangunan Seri Negeri di sini.
Kilang Panasonic yang mula beroperasi pada 1990 dengan 900 pekerja itu merupakan kilang pertama di negeri ini yang memperolehi sijil Indeks Bangunan Hijau Malaysia. – BERNAMA
2 comments:
ali rustam bukannya naib presiden umno...sila betulkan
TQ. SAYA C/P JER. SILAP TAK SEMAK
Post a Comment