Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, June 02, 2011

7 BUKTI SAHIH PAS "AHLI SYURGA" HAMBA ABDI DAP KOMUNIS






Sempena perhimpunan Ahli Ahli Syurga yang disahkan oleh Nik Ajis yang bakal berlangsung hujung minggu ini…, adalah baiknya sekiranya mereka merenung seketika apakah perjuangan mereka masih berada di landasan yang betul..??

Muktamar Tahunan PAS ke 57 bagi tahun 2011 sebenarnya adalah pentas yang terbaik untuk mereka muhasabah diri…, perbaiki kelemahan diri masing bermula dari peringkat kepimpinan sehinggalah ke akar umbi.

Janganlah terlalu taksub kepada seseorang pemimpin sehingga terlalu mengagung-agungkan makhluk bernama Anwar Bin Ibrahim….,!! Tak perlulah mendongak dan menjulang Anwar sebagai maksum sehinggakan banyak kebathilan yang terserlah masih mereka membela makhluk itu dan sewenang-wenangnya menuduh pihak lain memfitnah dengan menanamkan teori konspirasi tak sudah sudah…

Dalam isu video seks Anwar bersama wanita berbangsa Cina, kenapa penjilat tegar Anwar yang bakal menjadi perwakilan Muktamar mudah terpedaya dengan kompangan ini adalah isu Qazaf...? Sebenarnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan isu Qazaf, sebab tiada siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay cuma menyatakan bahawa beliau punya bukti berbentuk videoklip yang rakan baiknya Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Itu tidak boleh termasuk dalam Qazaf….Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan sebagai isu Qazaf sebab hendak menutup kebenaran yang sudah begitu jelas!

Sesiapa yang mempunyai sedikit keimanan dan ketaqwaan, bila menjawab soalan-soalan diatas, pasti akan terbuka dihati dan jiwanya bahawa tiada sebarang rumusan lain selain daripada menegaskan bahawa PAS wajib mufaraqah daripada Pakatan pembangkang, dan berjuang sendiri diatas platform Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah.

Ingatlah pesan seorang ulama' besar bahawa Islam huwal Islam, Islam itu Islam, ia berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa kecuali ALLAH Azzawajal.

1 comment:

Anonymous said...

"parti anggok syokjuga"....nak wat camner..."dok acu peledak" jiwa komeneh jugak yg menjadi idola...pujaan hati..."pelaku konar rapat" semakin ligat...poot poot poot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa