"ada satu kali tu ana sudah hantam sangat kuat daa, lubangnya sudah besar sampai ini macam!!!" |
KOTA KINABALU 5 Feb. _ Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat Sabah, Pajudin Nordin hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menyertai UMNO.
Pengumuman itu dibuat dihadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.
Menurut Pajudin keputusan itu dibuat selepas beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR khususnya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusan
1. Membaca berita begini bukanlah sesuatu yang boleh membuat kita semua teruja lagi. Berita begini sudah menjadi trend terbaru politik semasa tanah air.
2. Jika dikaji semula asal usul semua parti pembangkang kecuali DAP, mereka semuanya berasal dari PERIKATAN/ BN. Dahulu mereka ini bersama dalam satu pasukan menentang kejahatan Komunis dan penjajah hinggalah negara kita merdeka.
3. Pasca Merdeka, mereka mula berpecah kerana idealogi mula berbeza dan punya kehendak masing-masing. Berbeza dengan kisah Anwar. Dia terlalu tamak dan mahu dunia ini dan segala isinya sekali.
4. Maka, Anwar masuk penjara dan ada yang membantah kemasukan Anwar ke penjara. Ramai yang keluar dari BN/UMNO dan terus mereka yang membantah ini, atas dasar keadilan dan perjuangan, memberontak dan buat satu kumpulan yang juga kononnya berjuang untuk keadilan.
5. Dipendekan cerita, Anwar keluar penjara dan penyokong mereka gembira kononnya agenda keadilan mereka ini dapat disambung dengan hebat bersama Anwar. Ternyata sangkaan mereka meleset dan jauh dari kebenaran sama sekali.
6. Agenda Anwar hanyalah mahu jadi Presiden Malaysia dan jual negara ini kepada Yahudi. Itu sahaja agenda Anwar dan memang tiada agenda lain.
7. Maka, mereka yang beramai-ramai dan bersungguh-sungguh menunggu Anwar keluar dari penjara ini merasa tertipu kerana mereka ini sebenarnya memang telah tertipu. Hari demi hari mereka yang tertipu ini semakin tertipu.
8. Sampai satu tahap, mereka yang tertipu ini sudah tidak sanggup lagi ditipu. Oleh yang demikian, berbondong-bondonglah mangsa penipuan ini keluar dari "lubang" penipuan dan meninggalkan penipu mereka.
9. Kepada yang telah sedar tertipu selamat kembali diucapkan dan mari berdoa agar yang masih tertipu segera sedar bahawa mereka adalah mangsa penipuan terbesar akhir zaman ini.
JPX
2 comments:
Salam Bro,
Pengikut-pengikut bawahan Parti Bekas banduan ni hanya barking up the wrong tree jer..
Lama-lama nanti diorang fedup la.
Tapi Pemuda UMNO kenalah buat kerja.
Jiwa muda tidak boleh hidup dalam vacum!
p/s: http://lintau-perak.blogspot.com
Salam tuan.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog kami di dalam blog tuan..
www.malaysianutd.blogspot.com
TQ
Post a Comment