Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi. - HaraqahDaily
1. Dalam masa lebih kurang sebulan ini, satu lagi siri Pilihanraya Kecil bakal berlaku di Malaysia. Kali ini Melaka tersenarai dalam list negeri yang terpaksa mengadakan PRK selepas kematian ADUN Merlimau, YB Datuk Mohamad Hidhir bulan lalu.
2. Merlimau yang dijangkakan adalah sebagai DUN terakhir yang akan melaksanakan PRK setelah tempoh matang PRU akan tiba tidak lama lagi. Oleh sebab itu PRK Merlimau adalah penanda aras di mana tahap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
3. Merlimau pada mata kasar sudah hampir lengkap dari segala aspeknya. Kemajuan yang telah tiba dan tidak putus-putus ke sana adalah salah satu kunci kejayaan Melaka diisytihar sebagai Negeri Maju.
4. Kewujudan Politeknik Merlimau atas usaha Kementerian Pengajian Tinggi sama sekali menukar corak landskap Merlimau. Manusia kian bertambah dan ekomoni penduduk setempat juga meningkat. Peluang pekerjaan dan peniagaan terbuka luas dan sedia menanti bagi mereka yang mahu berusaha.
5. Bila manusia bertambah maka keperluan paling asas mereka iaitu rumah juga bertambah. Taman perumahan galak dibangunkan dan habis dijual sebelum siap rumah dibina. Selain sebagai tempat tinggal pembeli, mereka juga menambah pendapatan dengan menyewakan kepada manusia yang ramai-ramai ini.
6. Kawasan perindustrian juga meletakan Merlimau sebagai tumpuan pedagang dan pelabur asing ke sini. Kerjasama penuh oleh Kerajaan Negeri kepada pelabur asing membuatkan mereka ini senang dan gembira untuk terus menjadikan Merlimau salah satu kawasan perindustrian yang cergas di Melaka.
7. Kerajaan juga telah berbelanja banyak untuk memastikan segala kelengkapan dan keperluan rakyat Merlimau tersedia dengan lengkapnya. Hospital dibuat baru dengan tempat tinggal pekerjanya sekali yang serba moden. Bangunan sekolah menengah, ada dua dan bersebelah dan beberapa lagi sekolah rendah sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan dari masa ke semasa.
8. Merlimau juga telah ditambah dengan satu lagi sekolah menengah yang sangat moden dan bakal melahir cerdik pandai yang banyak. Manakan tidak, semua kelas dilengkapkan dengan penghawa dingin. Terima kasih Kementerian Pendidikan.
9. Pejabat Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga sentiasa bersedia memberikan khidmat mereka untuk melaksanakan janji Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
10. Terlalu banyak jasa dan bakti kerajaan BN dalan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakya di Merlimau dan seluruh negara. BN telah melaksanakan amanahnya dengan kadar yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada rakyat Malaysia.
11. Jika semua ini mahu dibandingkan dengan cara kerja kerajaan PAS di Kelantan dan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah maka kita akan berada dalam keadaan tidak waras atau "kemurungan" jika masih mampu untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemimpin kita.
JPX
No comments:
Post a Comment