1. PAS nampaknya terlalu taksub dan teruja dengan janji 100 hari mereka dalam usaha menjadikan Pakatan Haram sebagai pemerintah di Malaysia.
2. Dalam usaha itu, mereka sanggup bersekutu dengan Kafir Harbi yang dahulu haram kini sudah halal. Mereka juga sanggup menerima PENZINA dan KAKI KHALWAT menjadi pemimpin, kononya merekalah perjuang Islam yang sebenar.
3. PAS juga sanggup mencipta fatwa sesuka hati untuk memperdaya dan menarik simpati rakyat agar menyokong mereka. Ternyata apa yang mereka lakukan bukanlah datangnya dari Al-Quran, namun datang dari lubuk dan benak mereka yang berkarat.
4. Terbaru, mereka menjadikan Buku Oren sebagai kitab rujukan mereka. Buku Oren ini adalah seperti kitab Injil yang telah dipesongkan oleh orang kafir satu masa dahulu, kini menjadi teras dan perjuangan PAS, selaku hamba abdi dalam Pakatan Haram.
5. Kini slogan Membangun Bersama Islam sudah tidak layak digunakan oleh PAS memandangkan tiada apa yang Islam di dalam perjuangan mereka.
JPX
4 comments:
salam sedara..
bagi PAS mereka x kisah saper pemimpin mereka,mereka x kisah apa buku mereka.mereka x kisah apa manifesto mereka...sbb skrg bagi mereka adalah kuasa dan nama...
PAS dibwh Nik aziz dah jauh terpesong dari penubuhan mereka mula2 dulu....terpesong disebabkan kuasa..
mereka snggup berkawan dgn sesaper sajer hatta dgn setan pun mereka sanggup berkwan asalkan mereka diberi sedikit kuasa dan pangkat...
alangkah bodohnya PAS....
dan yg paling bodoh adalah Nik aziz....
wu di..
tapi perlakuan pas menyebabkan rakyat tertipu dan ditindas oleh rakan pakatan mereka.
wawasan negara tidak mungkin dapat dicapai jika pakatan memerintah negara memandangkan mereka hanyalah berjuangan untuk kepentingan sendiri.
salam,
betul kata 'Ust. Saidi'..orang kita ni cepat percaya kalau orang tu pakai kopiah, berserebeh sikit, hafal dua tiga kerat ayat Quran. terus kata dia tu alim, boleh dipercayai. siapa yang salah? macam mana nak menjawab kat padang mahsyar esok-esok kalau kita percaya membuta tuli tanpa selidik dulu.
ingat la cerita Barsisa.. seorang yang alim suatu masa dulu sehnggakan malaikat pun tabik. ada ke orang kita hebat macam dia? tapi apa kesudahannya..?? mati dalam kemungkaran dan penuh kehinaan.
Iman seseorang itu ada pasang surutnya. Nabi pun kata kalau tak silap lebih kurang..ada orang beriman pada pagi hari tetapi kafir pada petang hari...(tolong semak balik hadis!) jadi bagaimana boleh kita percaya bulat-2 pada seseorang walaupun zahirnya nampak alim?
di padang mahsyar nanti kita boleh laa kata..aku ikut dia sebab dia orang alim dan dia janjikan syurga. tetapi salah sendiri tak boleh nak lepas juga...tuhan kata ikutlah Al-Quran dan Hadis. bukannya ikut orang alim! tanggungjawab individu untuk memahami Quran dan hadis. tak boleh sangkut pada orang lain... tak kira tok wali songo ke, tok lebai ke...tok janggut serebeh ka..
ingatlah...kita bukannya nak tongkat langit. bila-bila masa kita akan mati. dosa kita dengan Allah..insya ALlah kalau kita taubat tuhan akan ampun. tetapi dosa sesama manusia tak akan lepas sehingga beliau memaafkan kita. kalau kita tidak diampun..jawabnya neraka jahanam la.
ingat waahai pemimpin...setiap kata-kata kamu boleh memberi implikasi kepada masyarakat. kalau kata-kata kamu merosakkan masyarakat..negara jadi porak peranda...kamu tak boleh mohon ampun dengan Allah sahaja. apa kata kalau ada kalangan rakyat tak ampunkan dosa kamu? sanggup kamu kena api neraka? takpela kalu kamu hebat.
Moral of the story: ingat...jangan jual agama dengan harga yang murah. Allah maha melihat!
sekarang tuga kita adalah menyedarkan saudara kita yang masih terpedaya dengan dakyah PAS.
PAS dalam bahaya selagi mereka bersekutu dengan DAP yang ternyata Anti Islam.
Kepimpinan PAS yang ada sekarang juga sudah sangat tenat dan mereka hanyalah hamba abdi DAP dan Anwar sang Peliwat!!!
Post a Comment