PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Serentak itu, Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan reaksi yang lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji manis pakatan pembangkang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu.
‘‘Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dan India bagi Pengurusan dan Pembangunan Lebuh Raya di negara itu, di sini, hari ini.
Najib mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Serentak itu, Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan reaksi yang lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji manis pakatan pembangkang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu.
‘‘Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dan India bagi Pengurusan dan Pembangunan Lebuh Raya di negara itu, di sini, hari ini.
Najib mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
UTUSAN
4 comments:
Akum dan Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahatir dan Perdana Menteri Malaysia hingga kini DSNR atas kepimpinan mereka selama ini meroboh senario dan corak kehidupan dan pembangunan Negara. Kita lihat perubahan hidup rakyat kian bertambah baik dari semasa kesema hingga dicemburui oleh lawan dan musuh negara.
Perjalanan pentadbiran Malaysia memang diakui berlandasan islam bahkan diakui Negara Islam oleh Negara Islam lain termasuk Timur Tengah dan barat. Kita lihat Islam memerlukan kemudahan prasarana seperti rumah, pertahanan, pendidikan, badan kebajikan agama, rumah ibadah, kemudahan kesihatan, sukan, prasarana riadah, kemudahan jalan raya dan sebagainya adalah tuntutan agama islam.
Justeru itu kita tidak dapat lari dari sifat pengkianat dan irihati samada dalam negara atau luar negara. Ini terbukti semasa Kerajaan Madinah pimpinan Rasulullah SAW juga terdapat pengkianat iaitu golongan munafik yang sentiasa cuba untuk menghancurkan islam. Bahkan paling ketara musuh-musuh islam pada masa itu dari kaum sakat Rasulullah SAW sendiri yang menjadi ketua.
Jadi tak mustahil seorang pemimpin tertinggi dapat memberi kepuasan dan memenuhi kehendak selera rakyat yang berbilang kaum dan berlainan fahaman yang berjuta secara 100% total. Tiada ada dalam dunia semuanya free. Malah dalam islam sekalipun mesti ada timba balas iaitu menang-menang untuk mendapat kesenangan dan kesejahteraan serta keselamatan dalam kehidupan.
Kita lihat dalam Islam mewajib setiap umatnya membayar zakat jika berkemampuan dan wajib melakukan ibadan tuntutan mengikut kemampuan diri. Tiada ada yang free dalam dunia ini bahkan untuk mengebumikan jenazah sekalipun memerlukan bayaran perbelanjaan dan wang.
Justeru itu pembangkang hanyalah mengula-gulakan rakyat yang cetek pemikiran dan tidak waras. Kita lihat negeri yang mereka perintah dalam perjanjian disaksikan Allah dan manusia pun tidak dapat ditunaikan.
Sambung 2
Sambung 2
Kita disajikan dengan penindasan yang berlaku di Pulau Pinang dan sikap pemerintah pembangkang yang tak konsisten serta tiada berpendirian serta zalim.
Begitu juga berlakunya di Kelantan, Kedah dan Selangor semuanya retorik dan pembohongan semata-mata. Di Kedah, Kerajaan PAS menjanjikan kebajikan kepada rakyatnya tetapi hakikatnya kini rakyat terpaksa buat kebajikan kepada MB serta sekutunya. Begitu juga sama berlaku di Kelantan dan Selangor semuanya Pemimpim pembohongan malah nafsu mereka terlalu besar hingga mabuk kuasa san kebendaan.
malangnya mereka itu segi fizikal sahaja janji manis untuk rakyat tetapi hakikatnya pahit macam jadam, cuma manis bagi mereka iaitu pemimpin ini. Kita lihat banyak prasrana yang dibina oleh BN dahulu sudah mengelami kecacatan bahkan banyak kerosakan malah dibiarkan tanpa selenggara.
Kebajikan rakyat banyak diabaikan, pungutan sampah tiada menentu dan bekalan air yang sangat lemah serta berkelodak di Negeri Kedah. Sistem jalanraya banyak rosak dan membahaya pengguna tak kira di bandar atau luar bandar. Vindalisma kian menjadi-jadi, malah pemimpin mula tujuk belang dengan mengorak langkah menambah isteri bahkan kita dihidangkan bahawa banyak pemimpi PAS melakukan sumbang mahram tetapi biarkan begitu sahaja.
Kita lihat keadaan sosial remaja terlalu teruk dan maksiat menjadi-jadi bahkan tempat perjuadian indah dan tegak berdiri teguh. Malangnya rumah ibadah golongan islam hendak dirobohkan demi untuk mengejar wang.
Sambung 3
Sambung 3.
Berbalik pada pemerintahan Malaysia haruslah berterima kasih pada mantan Tun Mahathir yang melancarkan Saham Amanah Nasional pada tahun 1980. Walupun ditentang hebat pembangkang malah mengeluarkan fatwa ASN haram. Pada 1990 Alhamdulillah bonus istimewa diberikan kepada golongan pelabur. Banyak perubahan berlaku atas pemberian bonus ini terutama golongan Bumiputera di Luar bandar.
Tetapi malang setelah ASNB dilancarkan pada tahun 1990 dan pimpinan berubah tangan kepada Hamad Kama Piah dan Ahmad Sarji. Sudah menjangkau 20 tahun tiada perubahan bahkan menjunam teruk akibat kebodohan mereka ini. Kita disajikan daripada Ahmad Kama Piah dengan gelaran Encik kini bergelar Tan Seri. Beliau kini menjadi jutawan dan egitu juga Ahmad sarji bergelat Tun.
Setiap kali percakapannya ialah kompetetif dan jangka panjang. Persoalanya apakah selama 20 tahun itu jangka pendek. Sedangkan mereka menikmati habuan yang bertambah-tambah dari setahun kesetahun bahkan keuntungan yang diberika kepada pelabur kurang daripada apa yang didapti daripada dividen keuntungan pelabur.
Sepatutnya harus diberi keuntungan secara menang-menang. Kenama hilangya dividen yang disimpan dari baki pemberian selama 20 tahun. Sedangkan pulangan dividen koperasi yang diberikan kepada pelabur menjangkaui 10 hingga 20 peratus. Cohnya bank rakyat, Bank Persatuan, Koperasi tentera dan banyak lagi.
Sehubungan dengan itu sudah sampai masanya Perdana Menteri YAB DSNTR memperinci hal ini. Conhtohnya keuntunga dividen tahun ini sahaja boleh dibayar kepada pelabur sebanyak 11 peratus diakui sendiri saudara Hamad Kama Piah tetapi hanya beri 8.5 peratus sahaja. Itupun bukan kesuua pelabur dapat 8.5 peratus hanya retorik Ahmad sarji dan Hamad Kama Piah sahaja.
Jika diambil balik keuntungan dari 1990 hingga 2010 1% setahun bonus istimewa boleh diberi kepada pelabur 20%. Ini tak rugi kerana pelabur akan melakukan urusniaga semula dan peniaga serta kerajaan juga mendapat keuntungan.
Sudah sampai masanya PM kita memberi persaraan kepada mereka berdua dan ahli lembaga lain dan digantikan dengan banyak lagi rakyat yang berwibawa dan perihatin kepada rakyat supaya peristiwa pemberian bonus 19080 berulang dan memberi khabar kegembiraan kepada rakyat dan pelabur.
Umtuk makluman Pm kami hanya mahu dividen keuntungan kami sahaja dan bukannya melebih-lebih. Justeru itu kami merayu pertimbangan dan jasa-jasa baik Perdana Menteri hal ini dengan seadil-adilnya berpaksikan kehendakan seruan islam yang berhak untuk mendapatnya. Wassalam.
terima kasih di atas ulasan yang panjang lebar dan penuh dengan fakta dan isi yang menarik
sudah pasti PM sekarang punya misi dan visi tersendiri dan sudah sedia maklum tentang semua hal yang dibangkitkan.
JPX yakin dan percaya PM sudah maklum dan berharap agar ada tindakan yang rasional dari PM pada kadr segera!!!
Post a Comment