Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 24, 2010

NASIB MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT


1. Tun Dr Mahathir, telah menyatakan bahawa Parti Pakatan Rakyat sudah patut dibubarkan dan ahli partinya menyertai UMNO dan parti kompenan Barisan Nasional.

2. Alasan utama Tun adalah kerana PRK hanyalah parti yang hanya memperjuangkan hak individu tertentu dan bukannya memperjuangkan hak rakyat dan ahli partinya.

3. PAS yang telah sekian lama memerintah di Kelantan, juga tidak mampu membela rakyat di sana sebaliknya hanya golongan yang tertentu, terutama dari kalangan ahli keluarga pemimpin besar negeri yang kaya raya.

4. Persoalan utama yang JPX mahu bangkitkan adalah, APA NASIB ORANG MELAYU AHLI PARTI PKR DAN PAS??? SEJAUH MANA KEDUA-DUA PARTI INI MAMPU MEMBELA NASIB ORANG MELAYU???

5. DAP yang bergabung dalam PR punya hasrat dan cita-cita yang jelas, mahu menguasai Malaysia dengan cara Komunis. Nasib orang Melayu langsung tiada dalam agenda mereka. DAP hanya mementing nasib bangsa mereka sahaja, buktinya lihatlah apa yang telah terjadi kepada Melayu di Pulau Pinang. Mereka diusir dari tanah mereka sendiri.

6. Ternyata, ahli PKR dan PAS sudah lama tertipu dengan janji manis pemimpin mereka. Malahan, ramai pemimpin parti tersebut telah hilang kepercayaan dan terus meninggalkan parti yang penuh tipu daya ini. Contoh terbaru, Zaid Ibrahim.

7. Jelas, kerisauan Tun Mahathir ini ada asasnya. Orang Melayu tidak dibela dan meraka hanya menggunakan mereka untuk melengkapkan tipu daya dalam parti mereka. Tun sudah dapat melihat bahawa Melayu hanya akan menjadi pengemis di negara sendiri jika terus menerus berada dalam Pakatan Rakyat. Hanya UMNO yang benar-benar mampu dan telah terbukti membela nasib rakyat.

8. Melayu pasti akan kuat dan dihormati jika bersatu. Sejarah Melayu adalah sebuah bangsa yang gemilang dan ianya tidak mustahil untuk berulang kembali.

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa