Salam sejahtera,
Mari kita dengar semula tuduhan Tony Pua yang dengan bangganya membuak-membuak, menyalak-nyalak dan menjerit-jerit di sini .
Sebagai orang politik, kelantangannya itu menjadikan Tony Pua hero baru DAP dari Oxford. Ramai orang mempercayainya buta-buta dan menelan bulat-bulat fitnah Tony Pua.
Selepas lebih setahun segala macam penghinaan, penipuan, pembohongan dan fitnah yang dilakukan Tony Pua ke atas 1MDB, akhirnya menuju ke klimaks minggu lalu. CEO 1MDB, saudara Arul Kanda menerima cabaran Tony Pua untuk berdebat satu lawan satu.
Satu Malaysia tersentak dengan keberanian Arul Kanda. Namun, satu dunia terkejut dengan kebaculan, ketakutan dan kehinaan Tony Pua yang tiba-tiba menjadi kecut, takut dan malu untuk berhadapan dengan Arul Kanda! Tony Pua dan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kelam-kabut. Lim Guan Eng, DS Dr. Wan Azizah dan Mohd. Sabu terpaksa mengeluarkan surat siaran media mengumumkan pengganti Tony Pua. Kasihan mereka sungguh kelam-kabut.
Jika jawatan sebagai ahli PAC menghalang untuk berdebat, letaklah jawatan itu. Susahkah meletak jawatan PAC itu? Anda sudah terlanjur menghuru-harakan negara dengan segala macam fitnah ke atas 1MDB, mengapa tiba-tiba anda takut ke hadapan untuk mempertahankan fitnah-fitnah anda itu? Janganlah menjadikan jawatan dalam PAC sebagai alasan. Itu bukan cara DAP yang rakyat ketahui ! Cara DAP ialah anda tidak akan melangkah ke belakang.
Sebagai wakil rakyat malah lulusan Oxford yang anda bangga-banggakan semasa kempen PRU 2008 dahulu, anda patut rasa sangat-sangat malu dengan sikap anda yang tidak berani berdepan dengan cabaran yang anda sendiri laung-laungkan. Sekiranya anda seorang wakil rakyat yang bermaruah dengan menjual kononnya generasi Oxford terhebat di Malaysia, kamu patut meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Saya tidak pernah membaca karektor pemimpin berbangsa Cina yang takut berdebat seperti anda!
Sebelum ini, Datuk Chua Soi Lek pun tidak lari apabila diasak supaya berdebat dengan Lim Guan Eng. Manakala TS Koh Tsu Koon walaupun kerajaannya tewas dalam PRU 2008, tetapi masih maju ke hadapan berdebat dengan Lim Guan Eng. Jadi mengapa anda memberi pelbagai alasan?
Saya percaya ahli-ahli DAP sendiri telah menunjukkan kemarahan dan kebosanan dengan sikap memalukan anda itu. Sebab itulah dalam Kongres DAP Selangor dua minggu lalu, undi anda jatuh merosot di tangga ke-8 dengan hanya undi 495. Ronnie Liu pun berjaya mendapat 649 undi manakala Gobind Singh jauh di hadapan dengan 736 undi. Anda semakin tidak relevan di dalam DAP dan politik nasional. Ianya ditambah lagi ketakutan anda untuk menyahut cabaran debat ini, anda telah memalukan dan menjatuhkan kredebiliti pemimpin-pemimpin DAP yang lain.
Dengan kemajuan rasionalisasi hutang syarikat 1MDB melalui bisnes anak syarikat 1MDB dalam Edra dan IPIC, saya percaya tempoh 6 bulan boleh dicapai untuk melangsaikan hutang-hutang 1MDB. Anda pasti cemburu kerana syarikat 1MDB semakin berjaya mengurangkan jumlah hutang perniagaannya daripada RM42 Bilion kepada RM37 Bilion (Ogos, 2015). Sementara Edra akan melangsaikan sekurang-kurangnya RM16 Bilion-RM20Bilion dalam masa terdekat. Manakala, IPIC pula akan menyelesaikan sekurang-kurangnya RM11 Bilion-RM12 Bilion. Aset-aset tenaga 1MDB di Pakistan, Bangladesh, Abu Dhabi dan Mesir pula tidak terusik.
Saya percaya, masa sudah tidak memihak kepada fitnah-fitnah anda. Mungkin anda boleh bawa beribu emel-emel dari Sarawak Report, mungkin anda boleh membuat salinan beratus-ratus artikel dari AWSJ, NYT, Malaysiakini, The Malaysian Insider, tetapi saya yakin anda akan bergetar-getar apabila Arul Kanda hanya akan membawa satu fail dokumen berstatus Primer berbanding dokumen-dokumen anda yang dipungut dari sumber Sekunder malah barangkali sumber dari kedai kopi atau group whatssap sahaja.
Hari ini, ketidakpastian pasaran ekonomi dalam negara sudah terjawab bilamana anda gagal mempertahankan segala tuduhan-tuduhan anda ke atas 1MDB. Rakyat sudah dapat jawapannya, ahli perniagaan sudah tahu jawapannya, iaitu semua tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah politik semata-mata. Apakah buktinya? Buktinya Tony Pua tidak berani mempertahankan segala tuduhan-tuduhannya sejak berbulan-bulan lamanya dengan tidak berani berdebat dengan Arul Kanda.
Tony Pua sudah tidak relevan! Saya mencadangkan supaya anda meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Di luar negara, anda kelihatan sangat terok kerana anda telah memalukan Parlimentari dan Demokrasi negara Malaysia.
Sumber merdeka-online.com
1 comment:
Mahpus pun boleh debat. Helo Sirol Sirol. Nurul a/p Alsyeikh Alanwar Aljuburi pun boleh. Setakat mencanang seantero dunia kehebatan bapa dia. Sedap juga ais krim pensyarah aku. Perisa semen.
Post a Comment