Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 26, 2015

BAGAIMANA PELIWAT DAN KELUARGANYA BERJAYA TIPU RAKYAT MALAYSIA


Semasa Anwar Ibrahim (AI) kali pertama dipenjara di Penjara Sungai Buloh, isterinya Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa AI telah dizalimi dengan diberi layanan yang tidak adil dan sewajarnya sebagai seorang banduan yang sakit. 

Lantas Datuk Omar Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Penjara menyanggah dakwaan yang berniat jahat, kenyataan Datuk Omar telah disiarkankan di akhbar Utusan Malaysia.

Datuk Omar berkata AI telah diberi kelonggaran melebihi banduan lain seperti jumlah kekerapan perjumpaan dengan ahli keluarga, AI juga dibenarkan melawat ibunya yang sakit, menyembahyang dan mengebumikan jenazah ibunya. Selain daripada itu, makanan dan saiz bilik yang diberi dan disediakan kepada AI adalah sama dengan standart kelas satu Hospital Kuala Lumpur. 

Malah pakar rawatan dari Jerman telah diberi keizinan oleh pihak pentadbiran setelah dipilih sendiri oleh AI bagi merawat dirinya. Kita semua wajib tahu bahawa secara purata 10 kakitangan ditugaskan setiap shif bagi membantu pakar dari jerman merawat AI dan berkhidmat untuk menjaga keperluannya. Kelebihan, kelonggaran dan keizinan yang diberi kepada AI, amat sukar dinikmati oleh banduan lain.

Dalam temubual itu juga Datuk Omar berkata lagi bahawa Jabatan Penjara mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan banduan VVIP, ianya tidak serumit menjaga AI yang sentiasa mencari titik kelemahan walau sedikitpun untuk disensasikan dan di"SPIN" bagi tujuan meraih sentimen rakyat bagi tujuan menggambarkan kerajaan Malaysia amat zalim terhadap diri AI. 

Pihak AI pula sentiasa tidak berpuas hati dengan tempoh perjumpaan selama 45 minit dengan ahli keluarga atau peguamnya walaupun kekerapan perjumpaan telah dipertingkatkan berkali ganda melebihi sepatutnya. Inilah senario yang telah digelap dan di tenggelamkan oleh AI dengan cara sentiasa melakukan provokasi dan memberi gambaran kepada orang ramai baik dalam atau diluar negara bahawa dirinya sentiasa dizalimi oleh kerajaan. 

Malah ketika AI dalam penjara kali pertama, fitnah mengatakan bahawa AI telah mengalami keracunan arsenik dan disuntik HIV sengaja disebar bagi tujuan menjatuhkan imej kerajaan.

Penipuan Dan Fitnah Yang Telah Sebati Dalam Darah Daging AI, Ahli Keluarga dan Pemimpin PKR Ditunjukkan Kali Kedua Ketika AI Di Penjara.

Peguam AI, R Sivarasa telah menuduh kerajaan tidak memberi rawatan kepada AI setelah AI mengalami tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan di pinggang, otot bahu terkoyak dan mendesak kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan mereka untuk membebaskan AI dari di tahan di penjara kepada penahanan di rumah bagi memudahkan proses rawatan. 

Malah R Sivarasa dalam satu "PC" berkata bahawa penyokong, kepimpinan PKR dan ahli keluarganya tidak menyakini kaedah rawatan yang diberi kepada AI. Mereka sengaja menyebar persepsi salah untuk mempengaruhi rakyat bahawa AI hanya diberi ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan yang dirasai. PM DSN telah menjawab bahawa kerajaan memandang serius tuduhan itu. Selain dari R Sivarasa, ahli keluarga AI pula mendesak agar Ketua Panel Pakar yang merawat AI iaitu Dr Jeyaindra dipecat dari jawatannya. 

Desakan ini dibuat kerana mereka berfikiran sempit dengan cuba merendahkan tahap profesional Dr Jeyaindra yang pernah menjadi saksi pendakwaan pertuduhan liwat AI kali pertama sebelum ini, tidak layak menjadi Ketua Panel Perubatan yang merawat AI ketika ini.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh telah berkata bahawa rawatan fisioterapi sebanyak 10 kali tidak mencukupi buat AI, malah beliau memberi amaran dan ugutan kepada kerajaan bahawa kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan AI semakin bertambah buruk. 

Melalui Ketua Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil. Perasaan ketidakpuashati dan tuduhan telah dibuat oleh AI terhadap kerajaan dengan mengatakan bahawa kerajaan zalim dan mendera keluarganya apabila pentadbiran Penjara Sungai Buloh cuba memberi keadilan kepada banduan lain dengan membenarkan lawatan ahli keluarga AI mengikut peraturan yang diguna pakai sama seperti diperlakukan kepada banduan lain. 

Rupanya amalan keadilan yang diusahakan oleh pihak pentadbiran amat tidak disukai dan dibenci oleh AI. Peguam AI sekali lagi mendesak kerajaan memberi layanan istimewa kepada AI dan menuduh kerajaan zalim apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Sekali lagi pihak AI, ahli keluarga, kepimpinan PKR dan pembangkang berusaha menyebar fitnah, membangkitkan provokasi dan berusaha menarik sentimen rakyat untuk membenci kerajaan yang diketuai Dato Seri Najib. Disebalik kecaman dan fitnah yang dilemparkan oleh AI dan kumpulan mereka, rupanya AI hidup mewah dan selesa di penjara. 

Kerajaan berusaha memenuhi tuntutan AI yang penuh muslihat dengan amat hati hati. Bayangkan katil yang digunakan AI beharga RM5k, sedangkan kita rakyat biasa tidak mampu untuk membeli katil dengan harga seperti itu. Inikah yang dikatakan KERAJAAN ZALIM?. Dalam memberi rawatan yang terbaik buat AI setelah didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari, seramai 17 Pakar Perubatan berkhidmat dalam memastikan AI sembuh dan sentiasa sihat. 6 darinya merupakan pilihan AI sendiri. 

Apa yang perlu kita tahu ialah AI telah menerima rawatan sebanyak 78 kali, 27 kali darinya dari Dr pakar dan 12 kali fisioterapi dan bukannya 10 kali seperti dakwaan Ketua Penerangan PKR.

Malah AI dibenar berjumpa ahli keluarga 13 kali di penjara, 10 kali di hospital dan 10 kali di mahkamah. Kekerapan perjumpaan AI dengan keluarga yang amat mustahil dinikmati oleh banduan lain. Masih ZALIM lagikah kerajaan setelah perhatian dan kerjasama diberi. Bukan sekadar itu sahaja, pihak pentadbiran penjara telah memberi diet khusus bersesuaian dengan keperluan AI bagi memastikan beliau sentiasa sihat sehingga setiap kali gambar beliau diambil, beliau dilihat senyum dengan amat gembira. 

Situasi yang amat berbeza dengan tomahan dan fitnah mengatakan AI sakit tenat. Dari 2 kejadian layanan ketika AI dipenjara menunjukkan kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik selaras dengan tuntutan hak asasi antarabangsa. Walaupun begitu ia masih tidak mampu memuaskan hati AI, keluarga, kepimpinan PKR dan Pembangkang.

Kejayaan Penipuan Anwar Ibrahim.

Ramai yang tidak ketahui bahawa AI berjaya memperdaya kita semua ketika dirinya dipenjara buat kali pertama. AI berjaya menipu kita sepenuhnya dengan menyebabkan kita terpengaruh dan yakin bahawa kesakitan tulang belakang dan leher yang dialami AI dilakukan oleh pihak kerajaan ketika AI di penjara. 

Setelah Suruhanjaya Diraja ditubuh dan selesai melakukan siasatan berkenaan kecederaan AI, dari laporan yang dilaporkan oleh penyiasat Dr Vasatha. Beliau melaporkan bahawa AI mengaku pernah jatuh ketika menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, kepunyaan sahabat karibnya Vincent Tan. Kejadian berlaku sebelum AI dihukum.  

Disebabkan peristiwa itu, AI telah mengalami Cervical Spondylosis (CS), AI juga pernah mendapatkan rawatan Neuorlogi. CS boleh akibatkan leher dan tangan terasa sakit dan kebas dan juga menyebabkan tekanan kepada tulang belakang walaupun setelah lama mendapatkan rawatan. 

Bagi "Cakera Teranjak" dialami oleh AI ketika beliau melakukan aktiviti sukan sepak takraw di penjara. Setelah kesakitan dikesan oleh pihak perubatan penjara, 4 pilihan rawatan ditawar kepada AI. Akan tetapi malangnya AI tidak mahu menerima semua rawatan itu dan keadaan kesakitan yang dialami berjaya dijadikan isu untuk dimanupilasi oleh pihak AI bagi menggambarkan kerajaan ZALIM dengan tidak memberi rawatan, walaupun hakikat sebaliknya adalah amat berbeza.

Selepas laporan Suruhanjaya Diraja mendedahkan laporan bahawa kesakitan yang dialami oleh AI tidak melibatkan pihak kerajaan, dan menyebabkan TEMBELANG AI pecah, AI mengatur langkah bagi memulihkan imej beliau. Satu majlis diaturkan yang bertempat di Kumpulan Media Karangkraf telah diadakan dan kemudian diterbitkan di muka hadapan Sinar Harian (SH). 

Amat malang sekali kerana editor SH telah menjadikan berita perjumpaan dan kandungan kenyataan palsu dan fitnah AI di muka hadapan SH. Kenyataan AI berbunyi "Cuma bahagian belakang saya masih terasa sakit akibat kecederaan dalam tahanan dulu" telah dimasukkan. Perbuatan editor SH ini yang berkomplot menaikkan imej AI adalah amat dikesali kerana sanggup memaparkan maklumat palsu berbanding fakta dari Suruhanjaya Diraja berkaitan isu kecederaan AI.

Kelemahan pasukan di belakang menteri SKMM waktu itu dalam mengenal pasti isu ini dan memaklumkan Menteri untuk mengambil tindakan telah menyebabkan populariti AI berjaya dinaikkan dan kelemahan yang dilakukan telah merugikan kerajaan kerana rakyat telah terpengaruh dengan persepsi negatif yang disebarkan melalu SH.

Jika Anwar Ibrahim Berjaya Menipu Kali Pertama, Tidak Mustahil Penipuan Diteruskan Kali ini.

Jika sebelum ini ada antara kita yang telah menzalimi diri dengan menyebarkan fitnah yang di cetuskan oleh AI dan kumpulannya, maka sudah sampai masanya kita merubah dengan menviralkan artikel yang menjelaskan kedudukan sebenar agar lebih ramai saudara dan sahabat kita tersedar dari kepompong PERSEPSI NEGATIF ciptaan AI dan pasukannya. 

Sudah pasti perbuatan baik dalam menyebarkan dakwah bagi mengajak dan menerangkan kearah kebaikkan lebih diredhai ALLAH berbanding sebelum ini kita menyebarkan fitnah. Sampai bila kita hendak menzalimi diri kita?

1 comment:

Anonymous said...

Ini la satu satu nya kelarga paling haramjadah yg lahir di Malaysia .... rkyat Malaysia dah cukup cukup menyampah dan meluat dng keluarga ni....mau kena sumpah 7 ketrurnan suma baka baka cucu cicit akan datang......masa tu menyesal dah x berguna lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa