Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, November 27, 2015

KERAJAAN DAP KOMUNIS PENANG TIPU AUDIT???!!!


Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang gagal mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) selepas memberi maklumat yang bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara berhubung isu penarahan bukit dan pembangunan tanah tinggi di negeri ini.

Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda Gerakan, Jason Loo berkata percanggahan maklumat dari kerajaan negeri dan Laporan Audit Negara itu amat ketara dan sering kali mengelirukan kerana angka-angka yang diberi tidak selari.

Menurutnya, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow telah menyatakan bahawa sejak 2008, sebanyak 72 lot tanah di negeri ini telah digondol dan ditarah tanpa kelulusan atau kebenaran.

"Namun dalam Laporan Audit Negara tahun 2014 siri 3 telah menyatakan terdapat 268 lot penggondolan atau penarahan tanah tanpa kelulusan atau kebenaran dari tahun 2012 hingga 16 Mac tahun ini.

"Mana data yang betul dan tepat? Saya berharap kerajaan negeri yang berprinsipkan CAT dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat," katanya.

Pada persidangan DUN lepas, Chow telah menjawab soalan bertulis dari Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad, dengan menyatakan senarai, lokasi, nombor, tuan tanah, ketinggian atas paras laut, keluasan dan kegunaan semua bukit termasuk tanah yang telah digondolkan tanpa kelulusan atau kebenaran.

Loo turut mempersoalkan jawapan diberi Chow ketika menjawab persoalan dibangkitkan dalam sidang DUN terhadap isu kelulusan pembangunan tanah tinggi yang melebihi 76 meter atau 250 kaki dari aras laut.

"Tiada pembangunan boleh dilakukan pada kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter dari aras laut yang telah termaktub dalam pelan pembangunan Pulau Pinang tetapi Chow sendiri memberitahu terdapat 56 lot tanah diberi kelulusan sejak 2008?

"Jawapan Chow ini jelas menunjukkan wujud ketidaktelusan dalam jawapan Ketua Menteri Lim Guan Eng tiga tahun lalu apabila menegaskan tiada sebarang kelulusan diberi Kerajaan Negeri bagi pembangunan di kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam sidang media yang berasingan berkata isu itu akan dijawab oleh Exco yang terlibat.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan perhatian yang serius kepada Laporan Audit Negara dan perkara berhubung perbezaan angka itu akan dijawab dalam kadar segera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa