Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 25, 2015

ANAK PELIWAT JUMPA ANAK PENGGANAS:TAK KAN JAWAB KAT PARLIMEN JER???


Hello Nurul Izzah…sila siapkan jawapan yang meyakinkan untuk bela diri dalam isu pertemuan dengan Jacel Kiram di Manila pada 9 November lalu.

Kini sudah rasmi dan tidak ada ding dong lagi Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yag jaga urusan Parlimen dalam satu kenyataan Rabu kata Nurul Izzah ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.

Usul itu sudah masuk dalam jadual mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.Kata Azalina permohonan maaf Naib Presiden PKR itu tidak dapat diterima kerana sebagai Ahli Parlimen tindak tanduk itu bertentangan dengan sumpah mempertahankan negara dan perlembagaan.


“Tiada kompromi di sini atau tolerandsi pada sebarang cubaan oleh mana-mana Ahli Parlimen melanggar sumpah di Parlimen,”tegasnya.

Katanya pertemuan dengan keluarga Sultan Sulu yang menceroboh Sabah pada 2013 adalah satu gambaran perbuatan tidak setia pada negara.

Azalina menjelaskan asal kepada usul tersebut adalah kerana Nurul Izzah gagal menjawab dengan jelas mengenai pertemuannya dengan Jacel Kiram.

Difahamkan, usul berkenaan akan dibahaskan 3 Disember 2015 iaitu Rabu depan.

Berikut usul yang tercatat dalam Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :

“ BAHAWA Majlis mengambil maklum berkenaan peristiwa pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari 2013 oleh kumpulan yang dikenal pasti sebagai pengikut Jamalul Kiram III bagi merampas wilayah di pantai timur Sabah.

BAHAWA pencerobohan kumpulan tersebut ternyata telah mencabar kedaulatan Negara dan telah mengakibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan Negara.

BAHAWA sebagaimana yang telah dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Puteri Jacel Kiram pada 9 November 2015, Yang Berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Puteri Jacel Kiram yang merupakan anak kepada Jamalul Kiram III.

BAHAWA Yang Berhormat Lembah Pantai sedia maklum bahawa Puteri Jacel Kiram menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut negeri Sabah adalah milik Kesultanan Sulu.

BAHAWA pertemuan Yang Berhormat Lembah Pantai dan Puteri Jacel Kiram tersebut menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang telah mencabar kedaulatan Negara.

BAHAWA pertemuan Yang Berhormat Lembah Pantai bersama dengan anak kepada dalang pencerobohan Negara telah dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia beliau kepada Malaysia yang telah berikrar untuk menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

DAN BAHAWA tindakan Yang Berhormat Lembah Pantai tersebut merupakan suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

MAKA inilah dipersetujui Yang Berhormat Lembah Pantai hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ” 

2 comments:

Anonymous said...

Hal ni akan senyap..sebab KDN..POLIS takut nak ambil tindakan...Kalu tak percaya..Tunggu dan lihat..INGAT AYAM JANTAN TAK BERTELUR.

Anonymous said...

YANG BEST TU DIA BOLEH ;AGI KATA.... DIA TAK TERTAKLUK DI BAWAH TINDAKAN DAN HARUS MENJAWAB DI PARLIMEN SEBAB PERKARA TU BERLAKU DI LUAR PARLIMEN.....HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..... CUBA NAK KELIRUKAN ORANGLAH TU...KONONNYA DIA TAK LAKUKAN APA2 KESALAHAN.... MEMANG ANAK BERANAK PUAKA BESAR LAH DIA NEH....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa