Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 16, 2015

TUN M JANGAN BUAT-BUAT LUPA LER...


Hari ini media sosial riuh dengan berita kenaikan kadar tol. Beberapa bloggers telah menulis artikel tentang perkara ini.
Tun Dr Mahathir juga dikaitkan. Anda baca artikel ini :

Melalui satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 26 June 2015 ,

“Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.”-- SUMBER


Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini. -- SUMBER



“Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu... SETERUSNYA

Kenaikan tol ini juga disalahguna oleh pencacai pembangkang yang memfitnahkononnya kerajaan BN menipu tidak menepati manifesto PRU-13. Fitnah mereka tidak menjadi kerana penyelarasan tol ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.

Sebenarnya, pihak yang menipu dan tidak menepati manifesto PRU-13 ialah Pembangkang. Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan kadar tarif air sebanyak 16.7 peratus tatkala GST diperkenalkan, satu taktik yang cuba mengalih perhatian rakyat daripada mempersoalkan kenaikan tersebut.


Ianya ternyata telah mengengkari manifesto pakatan pembangkang sebagaimana yang tercatat dalam Buku Jingga yang berjanji untuk menurunkan caj air kepada rakyat. Yang disalahkan ialah rakyat kerana didakwa membazir air. Begitu mudah mereka menuduh rakyat. BACA SINI

Bagaimana pula dengan isu rakyat Pulau Pinang yang akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun untuk terowong Pulau Pinang? Kenapa mereka tidak bising?

Yang memualkan ialah alasan Lim Guan Eng DAP tentang tol terowong itu. Tol dikenakan kerana ‘demi mengelakkan kerajaan pusat menghalang projek terowong bawah dasar laut’.

Berbalik kepada isu kenaikan tol, media melaporkan bahawa jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta.

Logiknya, hanya mereka yang menggunakan lebuhraya bertol sahaja yang perlu membayar tol tersebut. Tetapi disebabkan desakan pihak-pihak tertentu, pampasan terpaksa dibayar.

Di negara ini, apa sahaja yang naik sudah tentu akan dikritik dan juga dimaki hamun terutamanya di dalam media sosial. Dan apa sahaja penerangan atau Q&A yang diberikan tidak akan diterima dengan baik walau pun penerangannya masuk akal dan tertakluk kepada perjanjian konsesi yang telah ditetapkan.

Anda baca Q&A ini :

SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN?

Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment). 

Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.

SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?

Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan. seterusnya

Perkara ini sangat sensitif dan kerap menjadi viral dan bahan untuk mengumpat kerajaan pusat. Walau pun kenaikan tol dilapor membolehkan kerajaan membelanjakan ekstra ratusan juta ringgit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan sudah tertangguh selama 7 tahun, ada yang tidak mahu tahu tentang perkara ini. Ironinya, mereka ini juga bukan pengguna jalan raya yang memakai tol.

Inilah realitinya rakyat Malaysia tetapi inilah cabaran yang mesti ditangani oleh kerajaan pusat. Sama juga dengan isu tol yang sebenarnya melibatkan kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang.

novandri.blogspot.my

3 comments:

Anonymous said...

Jalanraya bertol ini idea Tun. Pulak perjanjian berat sebelah yg mrnyebelahi kroni. Yg tertindas 30 juta rakyat, yg kaya mungkin sekitar 10 orang je.

Penyakit tol digunapakai dengan meluas di Selangor dan Pulau Pinang. Nak kaya cepat sedut wang rakyat. Senangnya jadi kroni.......macam lintah sedut darah, dah kenyang tanggal, tinggalkan darah yg terus mengalir keluar dari luka.

Justeru itu sistem kroni perlu dihapuskah, dan jadikan sistem mesra rakyat, menfaat kepada rakyat.

Anonymous said...

Orang lama buat silap...tak pandai buat perjanjian atau perjanjian hanya utk kayakan kroni.
Perjanjian sepatutnya tidak mendatangkan kesan teruk kpd rakyat.Sepatutnya bila modal dan keuntungan yg sewajarnya diperolehi..bayaran tol patut dikurangkan.Bukannya makin naik dan terus naik.#BANGANGPUNYEPERJANJIAN

Anonymous said...

Masa kita senang dan mudah mencari duit dengan peluang-peluang yang melimpah ruah kita lupa kepada kesusahan dan kepayahan yang telah dihadapi. Sekarang kita mengutuk dan menyumpah seranah kepada orang yang telah pernah memberi kita kemudahan dan menyenangkan kita.
Ingatlah akan kata-kata;
muda sebelum tua: senang sebelu susah, sihat sebelum sakit!
Bangsa-bangsa lain berpura mengatakan susah walhal mereka AMAT senang!
Cuba-cuba tanya diri sendiri mengapa HANYA orang MELAYU sahaja yang merungut susah, itu tak kena ini tak kena, salahkan orang itu, salahkan orang ini dan terus susah di bumi sendiri?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa