Seorang pelajar warganegara asing yang menuntut di Malaysia rupa-rupanya adalah pakar komputer dan penggodam (hacker' kumpulan militan Negara Islam.
Beliau yang mempunyai kepakaran khusus iaitu menggodam server komputer, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas ditahan oleh polis di ibu negara pada 15 Sept lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berusia 20 tahun itu telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini.
"Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server yang mengandungi maklumat mengenai butir-butir anggota pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata pada awalnya, suspek telah diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Suspek kemudian ditahan menerusi waran tangkap sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah dan dikini ditahan di bawah Akta Ekstradisi 1992 sementara menunggu prosiding ekstradisi ke Amerika Syarikat selesai.
"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat polis dengan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan khususnya ancaman kumpulan militan IS yang bersifat rentas sempadan,"
1 comment:
Boleh hack Amirika punya system. .hebat betul mamat ni..kalau kerja dengan IBM pasti gaji ribu2. ..boleh enjoy sakan atas dunia...las2 ke na tangkap pula. .
Post a Comment