Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, October 25, 2015

MAT SABU BAKAL BERDEPAN TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM???!!

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sesiapa di negeri itu yang terlibat dengan fahaman Syiah kerana ia terbukti menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Okt 2013 bahawa fahaman berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam mengikut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Mana-mana individu yang didapati mengamalkan ajaran dan fahaman Syiah boleh diambil tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda atau hukuman penjara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAIS akan terus memantau kegiatan penganut fahaman itu menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama pada sambutan Hari Karbala, acara yang disambut setiap tahun oleh penganut Syiah pada 10 Muharam.

Mengulas lanjut, Haris berkata fahaman syiah diharamkan kerana ajarannya menyeleweng, menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar serta boleh menimbulkan bahaya dan perpecahan kepada umat Islam.

Menurut Haris, terdapat 22 elemen yang dikenal pasti terkandung dalam fahaman Syiah dan telah diwartakan menyeleweng oleh jawatankuasa berkenaan.

Antaranya ialah mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Aksari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan; mempercayai hanya Saidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna dan menyamakan taraf Saidina Ali dengan Allah.

Haris menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penganut Syiah segera membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

JAIS OH JAIS...DAN JAB AGAMA ISLAM NEGERI2 DISEMENAJUNG DAN SABAH / SARAWAK. BERTINDAKLAH JANGAN TAK BERTINDAK. JANGAN CAKAP JE (JANGAN JADI "NATO"(NO ACTION TALK ONLY)CUBA CEK, MASJID MANA MAT SABU SOLAT JUMAAT.....INTIP KEGIATAN "BAKAL PM" MALAYSIA NI!

praha2 said...

Wassalam. Bior kito tanyo-siapo yang bersalah tontang isu Syiah ni? Siapo? Jabatab Agama nogori tidak ambil kisah langsung gejala yang berlaku. Hanyo bilo sudah terhantuk baru nak menadah-ini lah Jabatan Agama. Pegawai Agama tidak langsung turun padang kemasjid masjid apotah lagi nak tau samo ado masjid ditadbir dongan baik atau tidak? Apo yg hondak pegawai agamo buet ialah berceramah-takzirah itu jo yg dio tau. Maklumlah ado habuan. Yang lain terpulang kepado pentadbir masjid. Sobab itu Syaih bermaharajalela. Macam mubaligh mengembangkan ajaran kristian. Bangunlah Jabatna Agamo jangan panaskan punggung dikerusi yang ompok.

Dah sah2. Mat sabu tu syiah kenapa tak bertindak? Tanyalah orang PAS mereka tahu tu semua tapi diam konon nak jaga hati pengundi setia.....sebab tu Allah turun bala ke atas PAS sebab demi kuasa dan harta orang SYIAH yang murtad tu pun di diamkan je.....tak ikhlas berjuang untuk siapa ? Untuk Allah atau untuk perut ...? Jawab lah pemimpin PAS....cuba tanya..pernah Mat Sabu solat Jumaat ....?kalau sekarang ternampak ...dia nak coverlah tu..sebab orang Syiah ni jika distaki mereka ni Syiah....mereka akan pura2 jadi Sunni pulak....dah tahu sanagt ...cuma Jabatan Agama seluruh Msia ni macm buta pulak .maklumlah merka pun ramai dari puak PAs....kat funia kau orang lepas lah tapi kat akhirat sebab tak amanah menjalankan tugas .....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa