Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, July 31, 2015

CINA DAP KOMUNIS MAHU ROBOH MENARA MASJID


Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa terdapat arahan pimpinan DAP negeri supaya merobohkan menara Masjid Batu Uban yang dibina beberapa tahun tahun lepas.
“Saya baru dapat maklumat (bahawa) sedang kecoh di MBPP sebab ada arahan dari pimpinan DAP negeri supaya mengambil tindakan MEROBOHKAN Menara Masjid Batu Uban yang dibina beberapa tahun lalu sebagai mercu tanda Masjid yang agak tercorot…
“Sedang tunggu sejauh mana maklumat ini benar..
“Kalau mereka berani dipersilakan mencabar amarah orang Islam Pulau Pinang.
“Sedangkan Rumah Ibadat Bukan Islam lain yg dibina merata rata tanpa kelulusan Majlis bercambah tidak siapa ganggu.
“ORANG ISLAM AKAN BANGKIT LAWAN JIKA PEROBOHAN BERLAKU, “katanya dalam Facebook hari ini.
Iszuree adalah bekas Ahli Majlis MBPP yang dipecat keanggotaan dalam majlis itu selepas beliau mengkritik cara kepimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP pada Muktamar PAS ke-60 di di Batu Pahat, Johor.
Beliau dipecat daripada mengangotai Ahli Majlis MBPP pada 27 September 2014.
Iszuree pada Muktamar PAS ke-60 mempersoalkan tentang pengusiran penduduk kampung tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baharu di negeri ini. 
Menurutnya, pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kini lebih mesra dengan pemaju berbanding mendengar suara rakyat. 
Ekoran kritikan itu, beliau telah menerima surat yang ditandatangani oleh setiausaha MPPP Ang Aing Thye yang menyatakan beliau telah dipecat dan semua peruntukan untuk beliau daripada majlis itu telah dibekukan tanpa sebarang rundingan, pertanyaan dan perbicaraan lanjut.
Pada 28 Julai lalu, Iszuree menulis di Facebookmenyifatkan pemerintahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri seumpama permerintahan Tokong.
“Bila seseorang seperti Tokong berkata-kata seumpama Tuhan yang tahu apa akan jadi di masa depan..
“Lupakah Tokong sejarah Kekalahan DAP dlm PRU 2004….
“Kesombongan akan dibalas dengan kekuasaan Allah yang sudah PASTI,”katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng yang menuduh PAS akan tersungkur seperti Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-14 kerana menyokong 1Malaysia Development Berhad (1MDB).--MYMASSA

1 comment:

Ted Manoff said...

Kalau ada pertumpahan darah nnt machamana pulak? Mesti kechoh..cuba avoid kalau boleh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa