Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 30, 2015

ANAK BERANAK CINA KOMUNIS TERUS MENERUS HINA ULAMA' ISLAM!!!


DAP secara konsisten memperburukkan imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai menyokong UMNO.
Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Hadi yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada UMNO.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Guan Eng berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.
“Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan UMNO,” katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu “gempa bumi”.
Pada sidang media itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.
Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.
Hadi berkata terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu.
Dua hari lepas, Guan Eng membayangkan PAS bakal kalah pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan parti itu kepada kerajaan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya rasa bukan sahaja BN akan kalah (pilihan raya umum), parti-parti politik yang menyokong 1MDB seperti PAS pun akan kalah. 
“PAS memang berdiri bersama dengan Najib dan 1MDB.
“Inilah satu petanda kepada PAS,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Hadi yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada UMNO.

Tahniah kepada Hj. Hadi Awang kerana tidak tunduk kepada "arahan" anak Lim Kit Siang untuk sama-sama "mengutuk" hamba Allah lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa