Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 02, 2015

MUKTAMAR PAS: JAWATANKUASA PEMILIHAN HARUS CONTOHI SISTEM SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA


Menjelang Muktamar PAS ke 61 yang akan berlangsung beberapa hari lagi sangat signifikan kepada parti itu dengan pertandingan dua penjuru jawatan tertinggi parti.

Kesinambungan gerakan menyingkirkan Hadi Awang pada pemilihan yang lalu, kini menuju puncaknya.

Melihat kepada jadual Muktamar kali ini, pemilihan parti merupakan agenda ketiga dari enam agenda yang bakal dibentangkan. Pemilihan jawatan dalam parti bakal berlangsung pada hari Khamis, 4 Jun 2015 jam 3.45 petang. Ia dijalankan mengikut susunan hierarki parti, proses pengundian dilakukan secara berperingkat.


Sejurus selepas tamat tempoh pengundian, muktamar akan ditangguhkan dan disambung pada esok hari. Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan hanya akan diumumkan pada keesokan pagi, jam 8.45.

Persoalannya, mengapa perlu diumumkan sehingga keesokan harinya? Mengapa tidak diselesaikan dan diumumkan keputusannya pada hari yang sama, seperti yang menjadi amalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)?

Tidak berniat untuk bersangka buruk, namun peti undi yang dibiarkan semalaman waima kononnya diletakkan dibilik yang dikawal oleh Unit Amal PAS atau seumpamanya terdedah kepada sebarang bentuk sabotaj dan manipulasi. Sesiapa pun yang ditugaskan untuk menjaganya, mereka juga tertakluk kepada arahan parti, maka apa pun boleh berlaku. Tidak siapa yang pernah terduga, PAS sendiri yang menentang perlaksanaan Hudud, kan?

Itu belum diambilkira dari segi pengiraan undi. Apakah PAS bersedia membuat kiraan undi secara terbuka di hadapan calon-calon yang bertanding agar ianya telus dan mengelakkan kontroversi seperti yang melanda pada pemilihan parti yang lalu?

Agak aneh kita melihat sikap PAS, yang secara terangan turun ke jalanraya dalam dakwaannya untuk mendapatkan pilihanraya yang adil, tetapi tidak mencerminkan apa yang dituntutnya terhadap SPR.

Berbicara tentang ketelusan dan akauntabiliti, mampukah PAS menyediakan standard yang sama untuk pemilihannya kali ini? PAS jangan lupa, betapa pemilihan yang lalu dipenuhi dengan pelbagai kontroversi akibat kelemahan perlaksanaan proses pemilihan.

PKR terkenal dengan gengsterisme sewaktu pemilihan parti, sehingga ada peti undi yang dibawa lari untuk menukar keputusan undian. DAP pula masih gagal menyelesaikan pemilihan CEC dan kiri Lim Guan Eng hanyalah berstatus Setiausaha Agung parti yang belum disahkan.

SPR sudah memiliki prosedur pengundian dan pemilihan yang mantap. UMNO juga telah melalui proses pemilihan yang hampir serupa, dan keputusan dikira sebaik sahaja pengundian selesai bagi menjamin ketelusan proses pemilihan.

PAS pula sudah berpuluh tahun menghadapi pilihanraya, mengapa takut untuk bersikap telus dalam pemilihan parti sendiri? PAS harus mengambil peluang ini membuktikan bahawa mereka lebih telus dan professional dalam mengurus pemilihan jawatan dalaman parti berbanding sekutu-sekutu mereka.

Dalam muktamar kali ini, proses pengundian akan dibuat pada hari Khamis, sementara keputusan pada hari Jumaat. Mungkin SPR perlu merombak sistem pengundian di negara ini lantas mengikut sistem yang lebih “Islamik” dan digunapakai oleh Parti Islam Se Malaysia ini.--MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

Gerenti mesti ada bantahanlah apabila keputusan diumumkan. Gerenti punya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa