Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 08, 2015

DAP TOLAK WAN AZIZAH!!!


Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berharap, untuk jadi ‘orang tengah’ mendamaikan DAP dan PAS, baik lupakan.

Nyata DAP tidak perlu peranan PKR walaupun mereka yang setuju Wan Azizah dipilih ketua pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun, tidak dituju khusus kepada PKR tetapi pihak mana lagi yang mahu jadi pendamai tambahan pula Wan Azizah sudah menyatakan akan berbincang dengan kedua-dua parti itu tidak lama lagi.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai parti politik yang wujud sejak 1996, mereka mampu menangani pergeseran dengan PAS setelah parti itu membuat keputusan memutuskan kerjasama politik.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP mempunyai majoriti ahli Parlimen dalam Pakatan dan  mereka berupaya untuk menangani isu tersebut secara langsung dengan PAS.

Ini bermakna, DAP menolak campur tangan pihak ketiga yang akan menjadi orang pendamai kepada pergeseran dengan PAS selepas usul Dewan Ulama parti itu diterima tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan mereka.lgepc

“Kita tidak perlu orang tengah berhubung isu kita dengan PAS. Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur Isnin.

Apabila ditanya adakah ianya merujuk kepada PKR yang menyatakan hasrat ingin menjadi orang tengah sebagai pendamai antara DAP dan PAS beliau berkata kenyataannya merujuk kepada mana-mana pihak ketiga.

“Jika ada sebarang isu, kita tidak perlu pendamai. Kita patutnya boleh membincangkan perkara ini sebagai parti politik yang matang,” katanya.

Hubungan DAP dan PAS dijangka terus tegang dengan keputusan pada muktamar PAS minggu lalu selain kenyataan Guan Eng supaya pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri, agensi dan PBT melepaskan jawatan.

2 comments:

Anonymous said...

KAH KAH KAH KAH....NAMPAK SANGAT "KETUA PEMBANGKANG" BUKANNYA NENEK SEPAT KERING YANG BODOH TU TETAPI "KETUA PEMBANGKANG" YANG SEBENARNYA ADALAH ANAK BERANAK TOKONG DAN KRONI2 TOKONG DALAM DAP.

"PEMIMPIN" MELAYU DALAM PAKATAN HARAM HANYA SEBAGAI BONEKA. ADA YANG BERANI NAK MEMBANGKANG DENGAN DAP? HANYA ULAMA2 PAS SAHAJA YANG KEBELAKANGAN INI BERANI MENENTANG DAP. TAHNIAH!

ANJING2 PKR DAN PASMA SEMUANYA MENYALAK MENGIKUT RENTAK TUAN2 DAPIGS!!! PTUUUIIHH!!

Anonymous said...

Wan Jijah tak payah jadi penyelamat. Yang perlu diselamatkan adalah jam omega dan surat berjela2 panjang oleh Yusof Qardawi melarang Aljubu bersumpah laknat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa