Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meneruskan siri provokasinya bagi menggesa Pas mengarahkan wakil parti itu dalam kerajaan negeri meletakkan jawatan ekoran usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama Pas sebelum ini.
Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.
Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”
“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.
“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Sebelum ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan memberitahu, peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil Pas dalam kerajaan negeri akan diterima dengan segera tanpa soalan.
Kenyataan Guan Eng itu menyebabkan reaksi daripada Pas apabila Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali semalam apabila beliau meminta Pas Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan provokasi DAP berkenaan.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.
“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.
Utusan
3 comments:
AMANAT CRBS.
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang DAP bukan kerana mereka itu Cina. Kita menentang Dap bukan kerana mereka lama memerintah kerajaan P.Pinang. Kita menentang mereka kerana mereka berhati Yahudi. Kita menentang mereka kerana mereka mempertikaikan ulamak.Kita menentang mereka kerana mereka menuntut kalimah Allah.Kita menentang mereka kerana menghina azan.Kita menentang mereka bukan kerana mereka beragama Kristian tapi kita menentang mereka kerana agenda Kristianisasi mereka.
Kerana itulah kita wajib menentang mereka. Kerana itulah kita menghadapi mereka.Percayalah perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Kita tidak perlu masuk Umno, Kita tidak perlu masuk Pas, Kita tidak perlu masuk Pasma, Tapi kita menjadi umat yg dayus dengan mengamalkan ‘politik diam dan membiarkan Dap menghina umat Islam.
Macam biasa ku dengar amanat ni..di mana ya..
Padan muka PAS. Inilah anjing kurap DAP walaupun dihalau dan tak diberi makan babai, PAS masih lagi merayurayu kat DAP.Adakah ini balasan kepada PAS yang sombong dan angkuh bila orang islam ajak bersatu di caci dan makinya?Aku rasa PAS disumpah menjadi anjing kurap DAP selama-lamanya.
Post a Comment