Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, June 11, 2015

ADUN PAS RAMAL KERAJAAN SELANGOR AKAN TUMBANG TIDAK BERAPA LAMA LAGI


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, yang digantung keahlian, YB Saari Sungip mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bakal dilanda krisis kepimpinan dalam masa terdekat.
Menurutnya, krisis terbaharu kerajaan Selangor itu lebih teruk jika dibandingkan dengan krisis Langkah Kajang untuk menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim awal tahun lalu.
Saari dilaporkan The Malaysian Insider mendakwa krisis kali ini lebih serius kerana ADUN PKR berbelah bahagi sama ada hendak menyokong DAP atau PAS berikutan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan sekutunya itu.
“Saya harap saya salah, perkembangannya akan dapat dilihat dalam dua atau tiga hari,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai dakwaannya yang PKR Selangor akan berbelah bahagi itu.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata semalam Menteri Besar Mohamed Azmin Ali perlu memilih antara dua parti itu untuk meneruskan kerjasama.
“PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan,” kata Saari.
Pada 14 Ogos tahun lepas, Saari dan ADUN PAS Morib Hasnul Baharuddin, bersama 15 lagi ADUN DAP dan 13 ADUN PKR mengangkat sumpah menyatakan sokongan mereka terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor
Saari dan Hasnul digantung selama setahun oleh PAS kerana membelakangkan parti sendiri ketika memberikan sokongan kepada Presiden PKR itu.
Berbeza dengan sikap PAS, DAP bertindak sebaliknya dengan mengadakan majlis makan malam dan menobatkan kedua-dua ADUN PAS itu sebagai ‘Hero Pakatan Rakyat’.
Ketika berucap dalam majlis makan malam itu Hasnul Baharuddin berkata beliau bersedia untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP.
“Terima kasih Saari dan Hasnul, bahawa kita masih mempunyai kerajaan Pakatan. Anda bukan pengkhianat, anda adalah wira rakyat, “ujar bekas exco Selangor, Ronnie Liu pada majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya pada September 2014 itu.
Semalam, Saari yang kini mengetuai sekumpulan reformis dipanggil “Otai Reformis” berkata, satu majlis makan malam akan diadakan Ahad ini bagi menghargai pemimpin PAS yang tersingkir dalam muktamar PAS baru-baru ini.
Beliau berkata, ramai pemimpin yang digelar ‘progresif’ seperti Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar akan hadir berkongsi pandangan dan pengalaman perjuangan mereka masing-masing.
“Mereka patut disanjung walaupun kalah dalam muktamar, kerana mereka aktivis sebenar yang berjuang untuk rakyat,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.
Majlis makan malam yang bertema “Still with you: Down but not out” akan diadakan di Restoran Amjal, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam sidang bersama Saari adalah Abdul Razak Ismail, bekas Ketua Cabang PKR, Pasir Salak yang keluar parti untuk menyertai DAP.
Menurut Ronnie Liu, ‘Otai Reformasi ’98’ telah dihidupkan kembali melalui perjumpaan pada 29 April lalu.
Turut hadir dalam perjumpaan itu adalah; Saari Sungip, Annuar Tahir, Tian Chua, Khalid Samad, Ng Suee Lim, Hishamuddin Rais, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain.

4 comments:

Anonymous said...

Berjuang untuk rakyat...hahahaha..poooorah

Anonymous said...

Sejak mereka2 tu naik jadi YB apa sumbangan mereka kpd rakyat khususnya org Melayu? Nothing, nothing at all...........just jadi barua DAP tu adalah...

Anonymous said...

berjuang untuk rakyat? heyyy jangan guna kan perkataan rakyat lah kalau agenda untuk rakyat tak ada langsung selain demi temolok sendiri. aku sebagai rakyat ni dah jelak,jemu dan muak ko tau tak.

Anonymous said...

....mereka hanya berjuang untuk perut dan sanggup menjadi BARUA @ TETOLOL DAP....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa