Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 25, 2015

PANAS: ORANG UMNO BELA HANTU RAYA???


Beberapa bulan lalu saya menulis mengenai sesetengah blogger pro UMNO menjadi blogger hantu raya yang memberikan pandangan tidak baik (liabiliti) kepada UMNO. Sebabnya sebahagian besar blogger hantu raya ini tidak ada kemahiran 'berperang' persepsi dengan pembangkang. Mereka tidak ada strategi, etika malah ada yang menghadapi masalah salah laku dan dibuang kerja

Difahamkan ada pemimpin tertentu 'memelihara' blogger hantu raya untuk menulis yang baik-baik tentang dirinya dan menyerang musuh politik sama ada dalam atau luar parti. Ini memberikan pandangan tidak baik terhadap UMNO kerana blogger tidak ada etika.

Belum selesai isu blogger hantu raya, kini bersepah pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hantu raya yang mendakwa mereka sebagai pro UMNO. Saya tidak pasti sama ada UMNO tahu tentang kewujudan NGO ini. Ketrampilan mereka sangat ketara sebagai ayam sabung yang mempertahankan UMNO.


Tetapi maaf cakaplah sebahagian besar NGO ini lekeh sangat, tidak dengan strategi, pakai redah walaupun untuk membela UMNO.

Yang kelakarnya banyak presiden NGO ini dilayan oleh media terutama ste­sen televisyen dan diletakkan dal­am slot berita utama. Maka ber­ko­koklah 'Si Bedul' dan 'Si Bedal' dengan hujah balas yang entah apa-apa. Mereka inilah yang selalu ke depan membuat laporan polis dan beraksi di depan balai bersama sepuluh dua puluh pengikut. Aksi klise.

Perlu tegaskan di sini yang saya tidak menafikan ada beberapa NGO yang bukan sahaja benar-benar menyokong UMNO tetapi hujah dan fakta-fakta yang dikemukakan untuk mematahkan serangan parti lawan sangat menyakinkan. Ada pemikiran tinggi dan strategi serangan. Mereka dilihat lebih menyakinkan dalam menangkis serangan pembangkang. Saya tabik NGO begini.

Tetapi kemunculan NGO hantu raya ini menjadi barah yang kepada UMNO. Ada yang memberitahu saya mereka ini juga dipelihara oleh sesetengah orang UMNO dan ada imbuhan. Saya tidak kisah, itu soal mereka. Biasalah, takkan nak berkokok percuma. Tetapi yang malangnya NGO ini merendahkan UMNO dengan kedangkalan mereka.

Untuk mendapat keyakinan rakyat (melampaui ahli UMNO, ketua cawangan, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi), UMNO perlu membina personaliti dan gaya berfikir. Caranya dengan menjauhkan diri daripada disekutukan dengan sesetengah NGO yang mengambil kesempatan dalam keadaan UMNO yang sangat kuat ( meminjam kesimpulan reaksi pemimpin-pemimpin UMNO pada sambutan ulang tahun UMNO ke 69 baru-baru ini).

Saya perhatikan fenomena NGO pro UMNO ini mulai tampil pada pasca Pilihan Raya Umum-12 (PRU- 12) tahun 2008. Keadaan menjadi lebih ketara menjelang PRU-13 pada 2013, berbagai-bagai nama NGO dan berderet 'Presiden' yang menyerang balas pembangkang yang saya kelaskan sebagai sengal, huduh dan memalukan.--KSKH


1 comment:

Ted Manoff said...

Cocco Dilly buat apè yer?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa