Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 26, 2015

HADI AWANG SINDIR KEPALA KOMUNIS!!!


Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoal kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa hati Presiden PAS itu kini bersama UMNO.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Guan Eng tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau sendiri sebagai manusia biasa turut tidak tahu apa yang difikirkan oleh pemimpin DAP itu.

“Dia bukan tahu hati saya, saya pun tak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang,”katanya ringkas ketika ditemui di Lobi Parlimen, selasa.

Semalam, Guan Eng anggap badan  Hadi bersama PR, tetapi hatinya bersama UMNO.



Kenyataannya itu ekoran sikap  Hadi yang berat menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini dilantik Ketua Pembangkang.

Dalam pada itu, Hadi turut menyatakan sehingga hari ini PAS masih lagj bersama PR, namun tidak tahu kerjasama tersebut akan berpanjangan untuk masa akan datang atau tidak.

“Kita masih bersama Pakatan..untuk akan datang saya tak tahu sebab saya sendiri tak tahu yang saya hidup lagi esok atau tak,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah PAS bersedia keluar daripada PR.

“Kita pernah semuanya, pernah bersendiri, pernah dalam kerajaan, pernah luar kerajaan, biasanya peristiwa lama tak berulang, cuma konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk, tak boleh bersendirian.

“Kita tunggu dan lihat apa penyelesaian yang terbaik dalam PR ni,” ujarnya.

Jelas Hadi lagi, beliau hanya memberi tumpuan kepada Muktamar PAS yang akan berlangsung Jun ini.

Sebelum ini Guan Eng mencabar Hadi meninggalkan PR kerana kritikannya terhadap kabinet bayangan DAP.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa