Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 27, 2015

PAS KELUAR PAKATAN TAK LAMA LAGI...


Persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya yang dibayangkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal terjawab selepas Muktamar Tahunan yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Abdul Hadi berkata, beliau ketika ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan parti itu.

Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan par­ti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar nanti.



Berhubung kedudukan Pas sekiranya parti itu meninggalkan pakatan tersebut, Abdul Hadi berkata, itu adalah perkara biasa kerana Pas pernah bergerak secara sendirian dan pernah juga bersama kerajaan.

“Saya tumpu kepada pemilihan Pas, saya seronok jika ada parti lain yang tolong kempen untuk saya. Saya tunggu keputusan muktamar nanti. Cara terbaik menyelesaikan kemelut terbabit tunggu dan lihat.

“Kita semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah bersama kerajaan dan pernah duduk di luar kerajaan. Cuma biasanya perkara lama tidak akan berulang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Kelmarin di Parlimen, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.

Guan Eng turut mengkritik Abdul Hadi bukan saja tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, malah turut tidak menyatakan so­kongan secara terbuka kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menjawab kritikan itu, Abdul Hadi menjelaskan, beliau masih lagi bersama pakatan pembangkang dan Guan Eng tidak mengetahui apa yang terbuku di hatinya serta tidak berhak untuk mengeluarkan kenya­taan sebegitu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula berkata, Pas setakat ini masih mengambil pendekatan menegur atau memberi nasihat kepada DAP dengan lembut kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin dengan parti-parti sekutu.

“Apabila nasihat tidak jadi, itu yang kita rasa dukacita. Sepatutnya dia (DAP) ambil kira (sebelum membuat kenyataan) sebab kita pun ada perasaan.

“Kalau kita mula menyerang apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat? Kita pun pandai juga mengata pada orang ni dan kalau saya sendiri kata, mungkin lebih berat daripada kata-kata Lim Guan Eng lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Utusan.

4 comments:

Anonymous said...

PAS nak keluar dari PAKATAN...???/ha...ha...ha.....ha....ha....aku ketawa tergolek golek.......setakat gempak, boleh la.....hakikatnya PAS mana ada TELORRRRR...??? LEPAS CAKAP BERAPI API, BUAT U TURN...PAS dah jadi parti sarkis maharaja lawak untuk seluruh lebai dogol @ bahalol di Malaya la ni....

Anonymous said...

Aku yakin PAS x keluar pakatan..nak tahu sbb?
Sbb PAS x ada telur...angguk ja

Anonymous said...

jgn persoal pas ada telur ke tak....buanglah pas klu berani...tgk ada telur tak...ckp berapi2...

Anonymous said...

skrg ni allah nk uji para saf ulamak bagaimana menghadapi krisis kepimpinan dan krisis persahabatan pakatan...mereka digasak dan diasak...adakah ulamak akan mengambil jln berpisah atau jalan berdamai...dap dgn ketiadaan tgna dan anwar...menjadi tidak terkawal...seolah2 lks dan lge itu dap dan dap itu adalah lks dan lge...bersilih ganti mengasak pas..satu tuan guru lim ki siang dan satu khalifah lge umar abd aziz...masya allah

pkr plak terlepas peluang...selama ni mereka berlagak sebagai abg dalam pakatan...tetapi bila berdepan dgn krisis ni mereka lbh byk berdiam tidak mendamaikan atau meyebelahi satu pihak sedangkan bkn itu sifat parti yg nak menjadi abg...mendamaikan adik beradik...bkn berpihak pd satu adik dan hentam satu adik....btw...setakat baca teks ucapan dlm media TMI ke MK ke...x usah lah...itu sekdar lepas batuk jer

rakyat melihat...dan rakyat menilai sifat dap dan pkr...maka rakyat skrg sedang memerhati apa tindakan pas...mampukah pas dan layakkah pas mendamaikan kembali 3 parti ini dlm pakatan atau pr sudah smpi ke persimpangan

mudah2an allah memberi hidayah kpd ulamak menyelesaikan krisis kepimpinan dan krisis persahabatan supaya mudah2an bkn sahaja pr mampu ke putrajaya tetapi selepas di putrajaya islam terus dikagumi dan dihormati masyarakat di malaysia...malah dunia islam dan bkn islam akan melihat bagaimana saf ulamak dapat menyelesaikan masalah sebegini dgn penuh hikmah walaupun diasak dan digasak....maka layaklah urusan addin diserah pd ulamak...ya allah...tuhan yg mengurus sekian alam tanpa letih dan mengantuk...tanpa kekurangan...pada mu sahaja tempat kamui memohon...permudahkanlah urusan ulamak kami menyelesaikan masalah yg menimpa kami skrg ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa